Share |

Friday, 1 April 2011

Mashitah: Poco-poco hanya senaman, tidak perlu diharamkan

Setiap negeri berhak mempunyai fatwa yang bersesuaian dengan negeri masing-masing

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berpendapat tarian poco-poco hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman serta tidak perlu diharamkan di seluruh negara.

“Dari satu tempat ke satu tempat tarian poco-poco ini berbeza. Lagu pun tidak sama. Jadi besar kemungkinan ditimbulkan di Perak kerana di Perak tidak sama dengan tempat lain.

“Tapi di tempat-tempat lain yang saya sendiri perhatikan ia berbentuk lebih kepada senaman yang mana kalau nak buat aerobik itu pada orang tua mungkin agak agresif.Jadi poco-poco ini digunakan sebagai wadah untuk orang bersenam, itu yang saya lihatlah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti yang diumumkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya setiap negeri berhak mempunyai fatwa yang bersesuaian dengan negeri masing-masing, begitu juga di Perak yang sudah tentu mempunyai alasan tersendiri untuk mengharamkan tarian itu.

Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan terhadap fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

“Poco-poco itu adalah muzakarah fatwa di Perak sahaja. Sehingga kini keputusan itu belum diwartakan. Bermakna selagi itu, ia tidak berkuatkuasa.

Kalau berkuatkuasa pun ia hanya di Perak sahaja kerana ia bukan hasil dari keseluruhan muzakarah mufti,” kata Mashitah.

Ketika ditanya sama ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu mengkaji pengharaman tarian itu, beliau berkata ia perlu dikaji sekiranya terdapat aduan daripada rakyat.

“Kalau tidak ada orang nak mengadu, jadi tiada punca kita nak mengkaji benda ini kerana tidak ada sebarang aduan yang melihat bahawa poco-poco ini berkaitan dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan agama,” katanya.

Terdahulu beliau melancarkan prapelancaran Album Masjid: Lambang Ketamadunan Islam di Malaysia yang mempamerkan keunikan gabungan seni fotografi dan fakta mengenai masjid-masjid di seluruh negara.

- Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Ladies & gentlemen,



Read what this fanatic ass-hole is saying. The next time you dance Poco-poco, watch out…look beyond your dance,…because this dance is a deadly sin.

Meaning------Poco-poco dance as sinful, unlawful but corruptions and religious abused is OK/not sinful..

Hello……What about Arabic (Middle East) Belly Dance (ghawazee), which is obvious potential to excite men for sexappeal, is this not sin? If Poco-poco is branded as sinful dance by this bunch of idiots, Tarian Ghawazee is more sinful.


The Bible say, "But I tell you that anyone who looks at a woman lustfully has already committed ADULTERY with her in his heart. If your right eye causes you to sin, gouge it out and throw it away. It is better for you to lose one part of your body than for your whole body to be thrown into Hell.