Share |

Thursday, 24 February 2011

Roslan Ahmad calon BN bagi Merlimau

Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin Roslan Ahmad dinamakan sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Melaka.

JASIN: Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin Roslan Ahmad dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau, pada 6 Mac ini.


Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan kira-kira 3,000 penyokong BN di Command Centre di Merlimau dekat sini, hari ini.”Ini diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN selepas kita menerima cadangan dan proses penyaringan berkali-kali dan kita dapati saudara Roslan adalah calon paling sesuai,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau di sini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden PPP Datuk M Kayveas, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan barisan pimpinan BN lain.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata Roslan, 44, mempunyai rekod pengalaman dan pemimpin yang dikenali di kalangan pengundi DUN Merlimau dan beliau berharap pengundi berpuas hati atas pemilihan beliau sebagai calon.
- Bernama

No comments: