Share |

Thursday 20 January 2011

Anwar bertegas ajak PM berdebat


PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau masih tidak berganjak dengan pendiriannya mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat secara terbuka.

Ketua Pembangkang itu berkata, “saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato’ Seri Najib.

“Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai Majlis Wacana Maqasid Syariah di Kolej Insaniah Alor Setar semalam,” katanya dalam satu kenyataan media.

No comments: