Oleh Fazy Sahir - Free Malaysia Today
SHAH ALAM: Walaupun pertandingan merebut jawatan timbalan presiden PKR dijangka hangat, di antara ketua PKR Selangor Azmin Ali dan Ketua PKR Wilayah Persekutuan Zaid Ibrahim, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim telah memutuskan untuk tidak memberi sokongan terbuka kepada mana-mana calon.
Khalid yang pada suatu ketika disebut-sebut sebagai calon popular untuk bertanding jawatan nombor dua parti pembangkang itu, pula kini tidak mahu menyatakan sokongan terbuka kepada bakal calon yang ingin bertanding jawatan itu pada pemilihan pucuk pimpinan parti itu penghujung bulan depan.
"Saya tidak sokong mana-mana," katanya ringkas ketika ditanya pemberita siapa calon yang disokong beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco semalam.
Menurut Khalid proses berkempen dijalankan kedua-dua calon adalah perkara biasa dan sesuatu yang menyihatkan.
Beliau juga menyangkal dakwaan bahawa persaingan merebut jawatan nombor dua itu bakal membawa perpecahan dalam parti itu, yang telah berjaya meraih kepercayaan rakyat pada pilihanraya umum 2008.
"Kempen ini sesuatu yang biasa. Jika tiada kempen orang tidak kenal satu sama yang lain. Itu keadaan yang sihat..inilah demokrasi yang bergerak dalam PKR. Jika nak berkempen semua boleh berkempen," kata Khalid, yang akan mempertahankan jawatannya sebagai ketua bahagian PKR Kuala Selangor walaupun beliau merupakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur.
Jawatan timbalan president PKR dikatakan menjadi tumpuan penyokong Azmin dan Zaid walaupun penyandang jawatan nombor dua parti tersebut Syed Hussin Ali masih belum mengumumkan pendiriannya.
Azmin yang belum membuat sebarang pengumuman untuk bertanding, mengorak langkah awal apabila menerima sokongan terbuka beberapa ahli parlimen PKR. Beliau juga telah mendapat sokongan terbuka beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dan Negeri Sembilan.
Zaid pula, yang menerima nasib sebaliknya, berkata nasib politiknya mungkin akan terkubur seperti apa yang dialami oleh Ghafar Baba pada pemilihan Umno pada 1993 yang terpaksa menarik diri dari mempertahankan jawatannya akibat taktik kotor pihak lawan.
Zaid juga mendakwa seorang 'blogger upahan' telah dibayar RM20,000 untuk memburuk-burukkannya.
"Ada yang memberi amaran bahawa saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba. Saya teringat lagi peristiwa 1993 di mana Tun Ghafar dibelasah oleh Umno sehinggakan pencalonannya tidak mencukupi dan terpaksa menarik diri," kata Zaid.
Walau apa pun yang akan terjadi kelak, parti pembangkang ini yang akan memilih pucuk pimpinan dalam masa 60 hari lagi, pasti akan menarik perhatian bukan hanya ahli parti tersebut tetapi juga rakyat Malaysia yang telah memberi kepercayaan mereka kepada PKR untuk mentadbir.
Sebarang pertelingkahan atau salah laku di antara pemimpin nasional PKR pada pemilihan ini bukan hanya akan merugikan parti itu dari segi sokongan rakyat, tetapi juga akan mengakibatkan parti itu tenggelam dalam arus deras politik negara kini.

No comments:
Post a Comment