Yang sedih, pagar diharapkan, pagar yang makan padi. Orang Melayu menaruh harapan kepada UMNO untuk menjaga kepentingan bangsa; tetapi dibawah sistem DEB yang dikorupkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO, ada juga beberapa orang Cina yang berjaya meraih kekayaan. Ini termasuk Vincent Tan, Francis Yeoh, anak muda 28-tahun Jho Low (Low Taek Jho) dan Liew Kee Sin dari SP Setia. Bagaimana mereka berjaya melalui DEB? Kita harus tahu. Orang Cina harus tahu supaya mereka pun boleh berjaya dan menjayakan DEB.
Encik Liew, yang penuh dengan pujian untuk DEB, mengakui bahawa beliau adalah salah seorang yang berjaya melalui DEB. Beliau adalah pegawai biasa dalam salah satu bank dagangan yang kecil sehingga beliau berkawan dengan dua orang peguam – Rashid Manaf and Zaki Azmi (sekarang Ketua Hakim Negara). Kedua, Rashid dan Zaki tidak mempunyai latar belakang dalam alam perniagaan. Syarikat perundangan mereka pun besar tapi tidak lah boleh membuat seseorang rakan kongsinya kaya. Tetapi apabila mereka dilantik sebagai peguam untuk UMNO, dan bersahabat dengan pemimpin-pemimpin UMNO seperti Mahathir Mohamad, Daim Zainuddin dan Ketua MIC Samy Vellu, maka perniagaan mereka pun mulai mengalami kecemerlangan.
Bukankah SP Setia sebelum ini dipunyai SPK yang dikendalikan oleh sahabat Mahathir iaitu Abdullah Ahmad (Kok Lanas) dan Ramli Khushairi? Liew, Zaki dan Rashid membeli syarikat ini, dengan habuan diberi kepada Dollah Kok Lanas, dan yang lain itu, seperti kata orang, "the rest is history". Perlu di ingatkan bahawa satu ketika dahulu, SPK adalah kooperatif yang mana pegawai kerajaan dan ahli-ahli UMNO menjadi tuan yang punya.
Ayah kepada Francis Yeoh, Yeoh Tiong Lay, memulakan syarikat pembinaan yang tidak begitu menyerlah selama 30 tahun. Tetapi ini semua bertukar apabila Francis, yang berkawan dengan Mahathir, berjaya dapat kontrak membina hospital di Semenanjung Malaysia pada tahun 1980-an. Kemudian, Mahathir memberi kontrak paling mewah kepada keluarga YTL - IPP dengan bayaran yang paling lumayan sehingga kini dalam sejarah pengswastaan tenaga elektrik. Tenaga Nasional terpaksa membeli eletrik dari YTL dengan harga tinggi itu, biar tenaga itu diperlukan atau tidak. Macam mana tak buat duit? Pelanggan terpaksa beli, mahu atau tidak, dengan harga paling tinggi.
Pengerusi TNB ketika itu, Ani Arope, membantah perjanjian itu tetapi disingkir oleh Mahathir. Hari ini, YTL mempunyai rezab wang sebanyak RM9 bilion dan ianya digunakan untuk apa? Membeli syarikat jana kuasa di Singapuura, membeli separuh daripada Pulau Sentosa di Singapura, dan membeli tanah dengan harga yang paling mahal di Orchard Road. Satu lagi kejayaan DEB. Oh ya...siapa rakan kongsi Bumiputra Francis? Mungkin Mokhzani dan Mukhriz Mahathir boleh jawab soalan itu....
Jho selalu kelihatan bersama PM Najib. Semasa pelancaran 1Malaysia Development Fund oleh PM, dia ada; semasa PM bercuti di Monte Carlo tahun lalu, dia ada; dan mereka juga bersama sama di St. Tropez dua minggu lalu. Ahkbar dari luar negara membuat laporan dan andaian bahawa anak muda Jho (kawasan mesra wanita glamor, Paris Hilton) ada penglibatan dalam mendapat Kerajaan Malaysia memberi jaminan kepada 1Malaysia Development fund. Bagaimana Kerajaan dan Perbendaharaan Malaysia boleh setuju kepada skim meminjam RM5 bilion dengan bayaran terlalu tinggi faedah terlalu tinggi 5.75% tak masuk akal. Ini bererti jika 1MDB gagal membayar hutangnya, kerajaan akan menanggung hutang interest payment melebihi RM2.4 bilion dari kadar yang lazim?
Dan sekarang ini kawan kawan dalam sektor Bank bercakap tentang kononnya dalam akaun tahunan 1MDB menunjukkan bahawa hanya masih ada RM4.3 bilion dari jumlah asal RM5 bilion. Di mana agaknya RM700 juta dibelanjakan? Itulah dia - Jho Low, suatu lagi kejayaan Dasar Ekonomi Baru (NEP).
*Tulisan ini dipetik dan disunting daripada blog Zaid Ibrahim, bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri yang kini menyertai Pakatan Rakyat. Zaid Ibrahim kini sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment