Share |

Tuesday 20 April 2010

Nasihat Human Rights Party (Hindraf Makkal Sakthi) kepada pengundi India di Hulu Selangor.

zaid 
ibrahimn n kamalanathan Nasihat Human Rights Party (Hindraf Makkal Sakthi) kepada pengundi India di Hulu Selangor.

Pilihan raya maknanya masa untuk buat janji-janji manis oleh ahli-ahli politik BN dan Pakatan. Jika tidak berhati-hati, pengundi hanya akan berdepan dengan janji kosong dan penipuan selepas pilihan raya.

Pengundi India mesti mengundi calon yang menunaikan janji sahaja ! Jangan tertipu lagi !


Untuk perhatian Zaid Ibrahim
Menteri Besar (Pakatan) Selangor, selepas mesyuarat mingguan EXCO negeri, mengumumkan bahawa kerajaan Selangor akan memberi hak milik tanah kepada 100,000 keluarga setingggan dan TOL untuk mereka yang menghuni tanah berkenaan selama lebih 15 tahun. Menteri Besar juga menambah bahawa kerajaan negeri akan segera mengatasi masalah tanah untuk tempat beribadat, sekolah dan jalan.
Pemberian tanah ialah janji Menteri Besar Pakatan.
Bagi orang India yang miskin, janji itu mesti membawa maksud …
1. Mereka menerima hak milik tanah atas nama mereka sendiri dan dokumen dalam bentuk hitam putih ada di tangan mereka.
2. Proses pengambilan tanah untuk sekolah Tamil mestilah selari/konsisten dengan cara yang digunakan untuk sekolah kebangsaan.
3. Hak milik tanah untuk kuil dalam bentuk hitam putih mesti ada pada pihak pengurusan kuil untuk tanah di mana kuil itu berada sekarang.
Semua perkara ini mesti dibereskan sebelum 25 April, 2010.
Tuntutan HRP sebenarnya lebih daripada itu, tetapi sebagai permulaan kerajaan negeri bolehlah memberi tanah kepada semua 97 sekolah Tamil yang tidak memiliki tanah yang diduduki sekarang.
Untuk perhatian Kamalanathan
MIC/UMNO telah berjanji untuk memulangkan pelaburan orang India dalam MAIKA Holdings. Namun, ini hanyalah janji pilihan raya yang mungkin tidak akan ditunaikan atas pelbagai alasan. Kita pernah dengar banyak alasa sebelum ini.
Jadi, bagi orang India janji ini mesti membawa makna bahawa …
Semua pelabur India dalam MAIKA mesti menerima pemulangan pelaburan mereka dengan cek dikeluarkan atas nama mereka sendiri dan diserahkan kepada mereka dalam bentuk hitam putih.
MIC juga harus memulangkan jumlah saham berdasarkan nilai RM1.00 pada 1984, bukan nilai RM1.00 pada 2010. Kami rasa pelabur berhak menerima sekurang-kurang R4.00 untuk setiap pelaburan RM1.00 pada 1984. Tanyalah, akauntan mana pun tahu hakikat ini.
Semua ini mesti dibereskan sebelum 25 April 2010.
Kini bukan lagi masa untuk janji-janji kosong ahli politik, sebaliknya kini sudah tiba masa untuk menilai ahli politik melalui prestasi mereka yang sebenarnya.
Pakatan dan UMNO sama-sama tidak menunjukkan sebarang khidmat yang memuaskan untuk orang India selama mereka berkuasa.
Zaid Ibrahim atau Kamalanathan – undi hanya calon yang kotakan janji !
Jangan undi sesiapa yang tidak mengotakan janji sebelum 24 April, 2010.
Macam ni mudahkan?
Naragan
Human Rights Party Malaysia

No comments: