Share |

Thursday, 29 April 2010

aminul Polis tembak remaja Melayu, KDN tubuh panel. Kalau remaja India, siapa peduli?


aminul
Kita bersimpati dengan nasib yang menimpa remaja Melayu, Aminulrasyid Amzah, 15, yang ditembak polis dalam satu insiden di Shah Alam. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Kenapa boleh terjadi demikian? Mengapa polis terus mempergunakan alasan yang sama setiap kali seseorang ditembak. Banyak kes India ditembak sebelum ini tidak mendapat perhatian walaupun diperjuangkan oleh Hindraf / HRP seperti yang baru-baru ini di Taiping, kes Kugan dan banyak lagi dalam masa 15 tahun yang lalu.
Nyawa rakyat Malaysia tidak bernilai di hadapan pistol polis. Polis dulu nampaknya lebih cekap, pada 1970-an polis berjaya menjejak penjenayah paling dijkehendaki ketika itu, Botak Chin. Botak Chin ditahan, dibawa ke mahkamah, didakwa akhirnya dijatuhi hukuman gantung pada 1981. Ampun daripada Yang DiPertuan Agong dipinta, akhirnya barulah dia digantung!
Kini, polis cari jalan mudah menyelesaikan kes jenayah – tembak saja, apabila suspek mati, polis buat cerita sendiri, orang yang mati tidak mampu mempertahankan diri! Dakwaan polis diperkukuh oleh sikap masyarakat sendiri yang melabelkan remaja India sebagai penjenayah dan bermasalah. Soalnya, kenapa remaja India menjadi penjenayah? Adakah itu cita-cita mereka? Berapa banyak dasar, program atau peruntukan kerajaan selama 50 tahun ini ditujukan kepada mereka yang benar-benar memerlukan?
Semua pihak yang berwajib termasuk UMNO dan Pakatan Rakyat hanya berdiam diri setakat ini. Hanya kerana kes terbaru ini melibatkan seorang remaja Melayu maka semua mahu turun padang! Inikah Satu Malaysia namanya? Bilalah mereka ini hendak berubah?
Sedarlah, semua manusia sama di sisi Tuhan Yang Maha Esa !
CikguParu
Human Rights Party Malaysia

Malaysian Police Shoot to Kill Policy- 2 Ethnic Indian youth shot dead-HINDRAF HRP

aminul 2 1

No comments: