Sivasangkari, 11 tahun, menghidapi penyakit barah otak dan kini merana kerana memerlukan belanja perubatan. Dia yang tinggal bersama keluarganya di Tanjung Karang amat memerlukan pertolongan dari segi kewangan bagi membiaya perubatannya. Orang awam yang ingin membantu diminta memasukkan wang ke dalam akaun Agro Bank keluarganya. (Makkal Osai 2/3/2010 di muka surat 12). Terdapat satu lagi kisah dimana seorang ibu miskin berusaha menyelamatkan suami yang terlantar di katil kerana tidak sihat serta lima orang anaknya. (Malaysia Nanban 25/2/2010 di muka surat 18).
HRP: Kenapa Jabatan Kebajikan di bawah pimpinan UMNO enggan memberi bantuan tambahan sebanyak RM500 kepada keluarga ini sebagai bantuan kebajikan dan memberi tanah di bawah program Felda, Felcra, Risda, Fama, Agropolitan, Kejora, Kesedar dan lain-lain lagi dan memberi peluang supaya keluarga ini dapat mengatasi kemiskinan hidup yang telah diwujudkan oleh sikap berat sebelah UMNO. Walaupun kerajaan di bawah pimpinan UMNO telah memperuntukkan RM48 Million (surat kepada Perdana Menteri bertarikh 27hb Mac 2009) untuk bantuan kebajikan namun ia tetap tidak sampai kepada masyarakat India di negara ini yang amat memrlukannya dan kisah Sivasangkari adalah salah satu bukti yang tidak dapat dinafikan.
No comments:
Post a Comment