Share |

Tuesday, 2 March 2010

Lebih 10 wakil rakyat PKR akan keluar parti

(Utusan Malaysia) - Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim menjangkakan lebih 10 wakil rakyat akan keluar dari parti itu tidak lama lagi.

Beliau berkata, langkah itu yang akan dilakukan secara berperingkat-peringkat adalah kerana tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan parti itu yang kebudak-budakan.

"Anda sendiri boleh menjangkakan siapa mereka ini kerana wakil rakyat terbabit adalah terdiri daripada mereka yang bukan berfahaman sosialis, tiada latar belakang pertubuhan bukan kerajaan dan juga bukan golongan liberal atau kroni,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

No comments: