Share |

Saturday, 16 January 2010

UMNO lambatkan bina sekolah Tamil

Kulai, Jan 14- Kelewatan dalam pembinaan bangunan baru untuk Sekolah Tamil Kulai Besar boleh menyebabkan peratusan kecemerlangan akademik terjejas berkata K.Munusamy guru besar sekolah tersebut. (Makkal Osai, 14 Jan di muka surat 2)

Sekolah Tamil Kulai Besar telah mendapat tempat pertama peratusan kecemerlangan akademik di peringkat kebangsaan dalam pencapaian peperiksaan UPSR pada tahun lepas. Kini para murid serta guru- guru di sekolah ini sedang menghadapi masalah kekurangan tempat dan kekangan ini boleh menyebabkan penurunan peratusan kecemerlangan akademik sekolah ini. “Walaupun tender untuk pembinaan sekolah ini telah dimohon sebanyak dua kali tetapi kerja permulaan pembinaan masih dilengahkan lagi menghairankan serta membimbangkan” kata Sri Tharan Ketua PIBG sekolah tersebut. Tanah bagi pembinaan sekolah ini sedia ada dan peruntukkan wang sudah disediakan oleh kerajaan namun kerja pembinaan harus dipercepatkan bagi mengatasi masalah kekurangan bilik darjah untuk kelas tambahan bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.

Pihak kerajaan harus mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi sekolah ini demi menjamin kecemerlangan akademik murid india di sekolah.

Editor.

sjk-kulaisjk-kulai-2

No comments: