KUALA LUMPUR, 7 Januari - Ditahan untuk kesalahan yang tidak dibuat, Isaimani (27 tahun) pemandu teksi limousin telah mengalami tekanan mental setelah dipukul dan diseksa semasa berada dalam tahanan polis. Menurut Isaimani pada 6hb Disember lalu selepas seorang gadis daripada pertalian saudara dengan sengaja telah membuat aduan palsu terhadapnya. Akibat menafikan aduan yang disabitkan ke atasnya dia telah menjadi mangsa penyeksaan polis. Malah dia berkata bahawa dia telah dilapor mencuri di rumah gadis tersebut. Walaupun Isaimani telah menafikan aduannya dia tetap dipukul dan yang lebih menyedihkan lagi adalah polis telah menangkap gambarnya secara bogel. Isaimani yang telah ditangkap pada waktu pagi telah dipukul secara berturusan sampai pukul 4 petang. Dan dia yang merana kelaparan tidak diberi makanan.
Selepas itu mereka telah membawanya ke Ibu Pejabat Seremban dan seorang anggota polis telah memukulnya di muka serta beberapa anggota lain yang bertugas di situ telah memukulnya. Dia telah dibawa ke mahkamah pada 7hb Disember dan telah diperintahkan supaya ditahan selama 4 hari. Lepas itu seorang anggota polis telah mengambil keterangan dan telah memberitahunya bahawa aduan yang dibuat ke atasnya adalah palsu. Jadi Isaimani dibawa ke mahkamah buat kali kedua pada 10hb dan diperintahkan supaya ditahan 6 hari lagi. Sebelum dibawa ke mahkamah polis telah memberi amaran supaya tidak beritahu apa-apa di depan Majistret.
1 comment:
so, apa tindakan lu sekarang? mana pi anggota persatuan pemandu limo, xkan nak biarkan ahli kena belasah free jer, ini hri isa kena sok kalau korang pulak yang kena baru tau. kerahkan smua limo gi buat demo (sekarang ni kan era demo!)depan balai polis yang terlibat, ajar sikit diorang ni jangan jadi samseng dengan orang yang lemah dan xder kuasa melawan. kalau nak siasat siasat jer la mengikut garis panduan siasatan yang dibenarkan, bukan menyiksa okt/suspek demi mendapatkan pengakuan dan bukti seperti yang dimaukan.kepada io yang terlibat, ingatlah Allah sentiasa adil kepada hambanya. hari ini kau &anggota menyiksa orang, dikuatiri sebelum sempat bersara pun kau akan menerima balasan Allah.... Ingat, doa orang yang dizalimi x kira Islam atau kapir tiada hijab dengan Allah. Taubatla,gaji yang diterima tu untuk keluarga, jangan biarkan keluarga yang menanggung akibat dari perbuatan anda.(maaf ye,BUKAN SEMUA anggota pdrm x baik, yang baik dan jujur pun ramai. sysbas pdrm)
Post a Comment