KLANG, 7, Januari - Sekumpulan pelajar mengancam beberapa pelajar India supaya boleh bertutur dalam Bahasa Tamil dan jika enggan mereka diugut akan dipukul. Tetapi akhirnya ugutan mereka bertukar menjadi realiti. Mereka memukul pelajar India tersebut di luar kawasan sekolah menggunakan batu dan juga kayu. Mangsa kejadian Raman (17 tahun) pelajar tingkatan lima, telah melaporkan kejadian tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang pada pukul 10.00 pagi semalam. Kepalanya telah bengkak kerana dipukul menggunakan kayu. Raman telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan mengimbas (x-ray) kepalanya. Polis sedang membuat siasatan tentang peristiwa ini. Sejak permulaan persekolahan tahun ini kumpulan tersebut sedang mengancam dan mengugut pelajar-pelajar yang bertutur dengan kawan sekelas dalam Bahasa Tamil. Dipercayai selepas perbuatan mereka telah dilaporkan kepada guru petugas serta guru besar ia menaikkan kemarahan kumpulan tersebut dan mereka telah membalas dendam dengan memukul Raman yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Bahasa Tamil sekolah tersebut.
No comments:
Post a Comment