Share |

Monday, 25 January 2010

Dihalang Berceramah Di Lembah Pantai

Alhamdulillah acara di Ampang dibanjiri puluhan ribu rakyat tanpa sebarang masalah.

Tetapi program di tanah PKNS, Kampong Kerinchi bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dan Nurul Izzah menghadapi masalah permit polis.

Entah mengapa sejak kemenangan kita usai tahun 2008, belum pernah sekali kami dibenarkan berucap di Lembah Pantai. Shahrizat terus berdendam dengan kekalahan dan Raja Nongchik menganggap beliau punyai kuasa mutlak. Dan polis bertindak sebagai alat penguasa Umno.

Dalam pengalaman saya berdepan dengan pegawai polis sebelum ini dalam isu ceramah, saya belum pernah menyaksikan keangkuhan pegawai saperti Wan Bari dari IPD Brickfields. Selalunya pegawai datang – pernah Ketua atau Timbalan Ketua Polis Negeri menyatakan dengan sopan (dari bawah pentas) bahawa saya harus segera menghentikan ucapan. Dalam kes ini beliau terus naik ke pentas pukul 11.33 malam dan minta saya hentikan ucapan. Saya setuju dan meminta hadirin bertenang.

Saya berhenti berucap tetapi beliau arah saya turun pentas segera. Saya minta beliau sopan, kerana saya sudah berhenti dan tidak wajar beliau pamer kuasa secara angkuh.

Alhamdulillah majlis berakhir dengan tenang. Ayuh Selamatkan Malaysia!

ANWAR IBRAHIM

No comments: