NIBONG TEBAL, Jan. 20- Pemilik tanah yang sedang membina sebuah pasaraya meminta agar kuil hindu yang terletak di dalam kawasan tanahnya dialih ke tempat lain (Nanban 20/1/10) di muka surat 3). Malah pemilik tanah menunjukkan kawasan lain untuk pengalihan kuil tersebut. Namun ia didapati bukan kawasan yang dimikinya, malah kepunyaan kerajaan. Jadi pihak pentadbir kuil dan orang awam enggan mengalihkan kuil tersebut. Selepas perbincangan yang berterusan pemilik membenarkan mereka untuk mengekalkan kuil tersebut di tempat asal dengan syarat kuil tersebut dikecilkan. Pihak pentadbiran kuil memohon agar kuil Muniswarar didaftarkan kekal di sini supaya tidak timbul sebarang masalah di masa hadapan.
HRP: Sekali lagi Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memberikan penyelesaian tetap kepada masyarakat India. Seperti kampung Buah Pala, kuil ini, lain-lain kuil, kesemua 28 sekolah- sekolah Tamil dan kesemua tanah- tanah perkuburan hindu di Pulau Pinang akan dirobohkan secara bertahap- tahap oleh towkay Kapitan Lim Guan Eng dari DAP ini. Penganiayaan di bawah UMNO sekarang diteruskan oleh kerajaan negeri DAP di Pulau Pinang, PKR di Selangor dan PAS di Kedah.
No comments:
Post a Comment