Share |

Wednesday, 18 November 2009

Polis Jangan Bertindak Sembarangan

Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham Mohamad Tawfiq Noorzan. Kepada ayah dan ibunya saya berdoa agar mereka tetap bersabar menghadapi tragedi ini.

Kejadian yang berlaku awal pagi 15hb November baru-baru ini menimbulkan pelbagai sangkaan dan pertanyaan. Tidak sedikit yang mempertikaikan fakta dan kenyataan pihak polis berhubung kejadian tersebut. Saya menggesa satu penyiasatan yang telus dan bebas dibuat seberapa segera agar kewibawaan pihak polis tidak terus dipertikaikan.

Rakyat sebenarnya semakin resah dengan meningkatnya kadar jenayah di negara ini. Namun ini tidak beerti memberi restu kepada pihak keselamatan terutamanya polis berbuat sesuka hati. Pastinya kita tidak mahu tragedi Kugan dan Teoh Beng Hock berulang. Kecurigaan rakyat semakin menebal apabila jenayah meningkat manakala pimpinan polis kelihatan nya ditunjuki kehendak dan kepentingan politik pemerintah.

ANWAR IBRAHIM

No comments: