Maka angkatan Melayu penderhaka yang dipimpin oleh Datuk Bahaman di Pahang telah dikalahkan oleh Puak-Puak Pejuang kemerdekaan yang dipimpin oleh golongan nasionalis dan patriotik Inggeris di Malaya.
Pada 1930-an, datang pula puak-puak Penjajah baru yang menamakan diri mereka komunis menjajah Malaya dan didalam tahun-tahun 1940-an, Penjajah yang ganas ini dibantu oleh puak-puak anti-nasional yang menggelarkan diri mereka PKMM, AWAS dan API dan pertubuhan-pertubuhan pro-penjajah komunis.
Mereka ini telah menjajah Malaya dan menguasai tanah, estet dan Raja-Raja Melayu. Sistem pelajaran, kebudayaan dan militer kesemuanya berdasarkan sistem dan dasar komunis, maka terjadilah pemerintahan Komunis yang sangat zalim di Malaya.
Segala harta Malaya dan kekayaannya dipunggah ke luar Negara oleh komunis ini menjadikan Malaya dan rakyatnya miskin, papa kedana.
Pada waktu itulah timbul kesedaran dan keinsafan dikalangan rakyat Malaya. Mereka bangun bersama-sama dengan pejuang-pejuang Inggeris yang nasionalistik menentang komunis.
Golongan nasionalis Inggeris ini berjaya menyatupadukan rakyat Malaya dan akhirnya penjajah Komunis telah dikalahkan dan pada tahun 1957 Malaya menjadi sebuah Negara Merdeka berkat hasil perjuangan nasionalis Inggeris.
Semasa perjuangan menentang penjajah komunis itu, ramailah anak-anak Melayu yang menjadi Polis dan Askar terkorban; tetapi pengorbanan mereka itu tidaklah sia-sia kerana tanpa mereka Penjajah Komunis tetap berkuasa dan bermaharajalela di Malaya.
Puak Nasionalis Inggeris telah berjasa besar dan merekalah yang memerdekakan Malaya dan akhirnya berjasa lagi apabila puak-puak Nasionalis Inggeris ini berjaya menyatukan Malaya dengan Sabah dan Sarawak didalam Malaysia yang Merdeka.
Setiap tahun rakyat Malaysia merayakan Hari Merdeka pada 31hb Ogos, dan kami memberi penghormatan kepada Nasionalis Inggeris yang berhempas pulas mempertahankan bumi Malaysia ini dari Penjajah Komunis. Kami telah bina Tugu Kebangsaan mengingati jasa Inggeris yang menghapuskan komunis dan setiap tahun Tugu itu dilawati saebagai ucapan terima kasih kami kepada Nasionalis Inggeris.
Dengan sejarah yang sebegini hebat maka sudah tentulah bekas-bekas pemimpin Parti Komunis Malaya seperti Chin Peng tidak akan dibenarkan pulang ke Malaysia, dan kami mengalu-alukan rakan-rakan seperjuangan kami, iaitu puak-puak Nasionalis Inggeris untuk datang ke Malaysia pada bila-bila masa sahaja samada datang untuk melancung, atau berniaga atau menanam modal atau melakukan usahasama dengan syarikat-syarikat kami.
Saya masih ingat apabila kumpulan Chin Peng mengujudkan Malayan Union untuk menarik segala kuasa Raja dan jika tidak kerana keperihatinan Nasionalis Inggeris, Raja-Raja Melayu akan terhapus di Negara ini.
Saya juga masih ingat apabila Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merundingkan kemerdekaan Malaya dari tangan Komunis dan rombongan Tunku telah disambut dengan baik oleh puak-puak Komunis itu dan melalui rundingan tanpa menumpahkan sedikit pun darah, Malaya menjadi sebuah Negara Merdeka.
Itulah sedikit sebanyak catatan sejarah mengenai perjuangan kemerdekaan Malaya dan kita terhutang budi kepada Nasionalis Inggeris kerana tanpa mereka kita tidak akan Merdeka hinggalah ke hari ini.tul;isan Hj Suhaimi Lubuk Kawah
No comments:
Post a Comment