Share |

Thursday, 9 July 2009

Respon dari posting 'Doa wakil rakyat anda mati untuk durian runtuh ?'

By Chegubard,

Perbagai respon diperolehi dari posting 'santai' dan 'satira' dalam masej serius yang bertajuk "Doa wakil rakyat anda mati untuk durian runtuh?" sila klik sini untuk baca lanjut.

Apa yang salahnya mengenai artikel tersebut ? Jelas sekali rakyat tidak akan dipedulikan sebegitu rupa kalau tanpa pilihanraya. Bayangkan 6,000 baju sekolah, kasut, dan peralatan sekolah percuma di Manik Urai...bayangkan kalau tanpa PRK adakah perkara tersebut akan terjadi...begitu juga projek segera dan perbagai peruntukan dana khas lagi akan turun.

Masalah yang selama ini tertangguh akan di selesaikan segera. Bagi Bn yang penting bagaimana nak dapat kuasa dah dapat kuasa lantak lah apa nak jadi.....

Yang penting wakil rakyat mati perlu diganti...kalau wakil rakyat hidup diganti tak jadi durian runtuh sebab pernah terjadi di Penanti....

Email Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Rembau pagi tadi juga cukup menarik untuk dikongsi.

Rozmal membayangkan semua masalah di Chembong dan Rantau akan diselesaikan dengan segera jika wakil rakyat Rantau atau Chembong mati.

emailnya : Bagaimana agaknya keadaan Klinik Kesihatan di Rantau yang terbiar ini dan bila agaknya akan dibina Hospital di Rembau seperti yang dijanjikan sebelum ini jika berlaku Piliharaya Kecil di DUN Rantau dan DUN Chembong ? Siapa ya ADUN Rantau dan ADUN Chembong sekarang ni ?

emailnya turut memuatkan beberapa link berita mengenai masalah yang tak selesai dan tak dipeduli oleh pemerintah di Rantau dan Chembong.... (sila klik tajuk untuk membaca lanjut)

Sebenarnya di mana pun masalah pasti Bn akan terkejar kalau masalah tersebut boleh menjejaskan kuasa mereka..... lebih lebih lagi kalau berlaku Pilihanraya...... maka kepada rakyat yang berdepan dengan masalah yang tak selesai - selesai.... pandai - pandailah....

Kepada ADUN baik Bn atau Pakatan Rakyat hati - hatilah.....

No comments: