(TV Antara) - Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali bimbang isu Chin Peng digunakan oleh UMNO untuk meniup api perkauman bagi meraih sokongan di kalangan pengundi Melayu.
Rayuan Chin Peng untuk pulang ke negara ini juga diperbesarkan oleh BN untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu utama seperti kemelut di Perak dan kemelesetan ekonomi, kata Syed Husin.
Berikut pandangan beliau bersabit beberapa persoalan utama mengenai isu Chin Peng.
SOALAN 1: Haruskah Chin Peng diberi peluang pulang ke Malaysia? Apakah sebabnya?
JAWAB: Sangat aneh soal Chin Peng ini dibesar-besarkan sebelum, semasa dan selepas PM Najib melawat negara China komunis. Lebih aneh lagi kenapa Chin Peng hendak disekat pulang kerana Abdullah C.D., Pengerusi PKM,pernah diraikan oleh Sultan Azlan Perak dan Rashid Maidin, seorang pemimpin PKM terkenal, pernah diterima bertemu dengan bekas PM Mahathir, sebelum mereka berangkat ke Mekah beberapa tahun lalu. Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh diampunkan. Tun Daim dan beberapa pemimpin Umno pula diketahui melawat tempat kediaman sebuah pasukan PKM yang diketuai Rashid Maidin dan menghulurkan derma untuk membina surau mereka. Adakah sekiranya Chin Peng Melayu sikap dan layanan terhadapnya akan berlainan?
Kita tahu Chin Peng sudah berumur 84 tahun. PKM telah menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Malaysia pada 2 Disember 1989 dan meletakkan senjata. Bahkan mereka memusnahkan senjata mereka, berikutan perjanjian itu. Pengaruh komunisme di Malaysia dan di seluruh dunia merosot, jadi saya tidak nampak Chin Peng boleh menimbulkan masalah keselamatan. Mungkin masalah yang ditimbulkan oleh penjenayah-penjenayah sekarang lebih mengancam.
Benar, ada juga keganasan serta kezaliman yang pernah dilakukan oleh sesetengah anasir komunis. Tetapi bukankah penjajah British dan fasis Jepun juga banyak melakukan kezaliman ke atas rakyat negara kita ini? Mengapakah mereka mudah saja dimaafkan bahkan dijadikan teladan? Kenapa tidak ada tindakan terhadap tentera British yang membunuh beramai-ramai rakyat tidak berdosa di Batangkali dulu, misalnya? Kenapa tiada bantahan terhadap tentera fasis Jepun yang menjadikan ramai wanita sebagai hamba sex?
Jikalau kita boleh memaafkan anasir-anasir zalim penjajah dan fasis tersebut, dan meraikan para pemimpin PKM yang lain, kenapa masih dendam kesumat terhadap Chin Peng? Beliau memimpin PKM berperang gerila terhadap penjajah Inggeris. Ramai tentera British beserta tentera Gurkha, Fiji dan Kenya yang berkhidmat dengan British turut terbunuh. Mereka mempertahan kepentingan penjajah British di Malaya ketika itu.
Begitu jugalah ramai tentera dan polis Melayu dan sebilangan kecil bukan Melayu yang terpaksa bekerja dengan British untuk menyara hidup.Secara disedari atau tidak mereka mula-mula mempertahan kepentingan penjajah British. Ada yang terbunuh ataupun tercedera. Begitulah akibat peperangan. Sudah tentu kita bersimpati penuh kepada keluarga mereka yang terbunuh itu. Peranan mereka dalam sejarah pun perlu dinilai.
SOALAN 2: Dari segi sejarah, adakah PKM telah memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan Negara?
JAWAPAN: Saya bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh Tun Ismail, bekas TPM, dalam sebuah ucapan sewaktu menerima ijazah kehormat dari USM pada bulan Jun 1973, jikalu tidak silap. Beliau mengakui setiap golongan telah memberikan sumbangan mereka dalam perjuangan kemerdekaan. Ini termasuk golongan kiri. Pada pendapat saya, perjuangan bersenjata PKM menentang penjajah British telah menolong mempercepatkan proses mencapai kemerdekaan negara.
Saya membaca bahawa semasa perbincangan perjanjian perdamaian, perwakilan PKM minta supaya dirakamkan peranan parti itu dalam perjuangan kemerdekaan. Walaupun semasa rundingan ketua perwakilan Malaysia mengakui peranan PKM, tetapi perwakilan Malaysia tidak bersetuju ini dimasukkan ke dalam teks perjanjian. Akhirnya disetujui oleh pihak perwakilan Malaysia supaya perkara ini diserahkan untuk dibincang dan ditulis oleh ahli-ahli sejarah dan lain-lain. Sepatutnya sekarang ini kita memulakan dan membenarkan proses kajian dan perbincangan akademik yang objektif.
SOALAN 3: Adakah isu ini dibangkitkan untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu-isu lain?
JAWAPAN: Selain dari cuba mengalihkan pandangan rakyat dari pelbagai isu yang dihadapi serta menghantui Najib dan kerajaan dipimpinnya sekarang, seperti kemelesetan ekonomi, kemelut negeri Perak, pembunuhan Altantuya, mungkin ada satu lagi perkara lebih besar.
Nampaknya ada percubaan oleh sesetengah pihak di kalangan pucuk pimpinan Umno yang mahu membesarkan isu Chin Peng ini untuk menghangatkan suasana perkauman - iaitu menimbulkan kebencian rakyat Melayu terhadap seorang tokoh Cina yang memimpin sebuah gerakan politik yang dianggap sebagai becorak kecinaan. Anasir-anasir berbayaha dalam Umno ini kelihatan mahu menggunakan isu perkauman bagi menggalakkan perpaduan orang Melayu. Ini perbuatan paling tidak bertanggung jawab kerana pada jangka panjangnya boleh membawa malapetaka kepada rakyat dan negara.
2 comments:
Alahai!!! yang bising tu si Hishamuddin dan Mukhriz bukan tahu apa apa penderitaan bekas tentera macam saya. Jadi jangan lah mereka nak memandai mandai banyak cakap.
Nak halang orang tua Chin Peng tu mati kat Malaysia ni pun takut? Apalah pemimpin UMNO ni, takut dengan bayang bayang mereka sendiri.
Elok lah orang UMNO ni diam sahaja jangan memandai mandai macam dia lah yang berjuang dalam hutan tu. Tanya si Mukhriz dengan Hishammuddin tu apa yang mereka dah buat selama ini selain mengompol harta kekayaan dengan kuasa mereka. So boleh blahhh... ini suara bekas seorang tentera.
Sekarang kita telah 51 tahun merdeka dan nak masuk ke 52 pun tak lama lagi
kita kena peka ke sensitiviti kaum...
memang saya tidak tahu SEJARAH tentang bab bab komunis WALAUPUN saya ni kapten besara ??
tapi saya pernah berjumpa RASHID MAIDIN dan beberapa lagi bekas bekas komunis tu....tapi apakah tujuan asal perjuangan mereka, hingga masa kini adakah lagi agenda mereka...buat pengetahuan, pemantauan dibuat "round the clock" oleh pihak berwajib...
Apa yang perlu,,,jagalah sensitiviti dalam hal hal yang berkaitan...pada semua orang
Kita perlu kajiselidik dan fikir ...secara positif...jangan menpolitikkan isu tersebut sebab ada AGENDA tersembunyi....wallah hualam
Kalau Tun Mahathir boleh membuka langkah dengan tindakan yang positif keatas bekas bekas PKM satu masa dulu dan membuahkan hasil yang memberangsangkan kenapa pula si Mukhriz dan lain lain MP UBN tidak berfikiran sedemikian
Melayu mudah lupa...
Semasa saya menuntut di Jepun dahulu saya telah dijadikan keluarga angkat mereka...apa yang menarik perhatian...Datuk dalam keluarga Jepun tu ada menyimpan kepala tengkorak dari Tanah Melayu katanya..bayangkan lah apa perasaan saya masa tu..tapi kerana apa yang di fikirkan atas yang telah berlalu dan situasi masa tu
membuatkan saya redha dan apatah lagi keluarga tersebut pun mengatakan perkara yang sama...
(bagus juga konsep pandang ke Timur tu...)
Kesimpulannya kita perlu ambil iktibar atas semua ini...tidak ada sikap dendam mendendam dan sebagai nya ...sentiasa berfikiran positif...
Oleh hal demikian ...idea DSAI tu bawa balik atas kontek keperimanusian...kalau nak puaskan hati semua orang bicarakan CP seadil adilnya..dan beri syarat syarat tertentu sebagaimana Tun Mahathir buat...baru betoi...
Jangan sempitkan fikiran kita..
fikirlah yang terbaik....
Politik itu tidak kotor yang mengotori nyer ialah "POLITICIAN"
Bertindaklah ikut FIKIRAN dan bukan PERASAAN....atau PERAsan...
Apa yang kita perlu bimbangkan agenda kita sendiri...masaalah MELAYU juga kearah mana anak bangsa kita..pendidikan adalah harta dlm segala hal...bagi ORANG MELAYU sekarang itu adalah harta pusaka anak cucu kita yang SEBENO nya..
MODEN DI BELA...ISLAM DI DIDIK
Bela dengan maksud pemantauan jangan melanggar tatasusila adap sopan
Dan untuk renungan satu penjelasan dari seorang rakan:-
"ameno ni memang dasar tidak mau faham. Dah bape kali dijelaskan, pengorbanan chin peng dan kawan2nya tu untuk kemerdekaan malaya dari british. Askar melayu dll pulak nak pertahankan british, agar terus menjajah. Maka terjadilah kekejaman saling berbunuh. Chin peng nak merdeka, kau orang melawan, tak gitu? Fikirlah kesimpulannya. ameno memang tak mau faham, takder modal"
Carilah jalan yang terbaik...
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
Wallah Hualam
Post a Comment