In 2007, six (6) police officers and two (2) underworld figures signed Statutory Declarations alleging that senior police officers right up to the IGP have links with the Chinese drugs, prostitution, illegal gambling and loan-shark syndicate based in Johor and which was expanding its operation throughout Malaysia. Another police officer made a police report alleging that his family was kidnapped by the ACA to force him to change his statement while the head of the CCD and his lawyer were arrested and charged for alleged criminal offenses as punishment for detaining underworld bosses under the Emergency Ordinance.
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
Saya, CHAI BOON CHAI @ AH WAH (No K/P: 730702-04-5356) berumur 34 tahun dan beralamat di No. 83, Jalan Juragan 2/1, Taman Juragan, 06600 Kuala Kedah, Kedah dan juga beralamat di No. 22F, Jalan Solok, 84900 Tangkak, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-
1. Saya dilahirkan di Hospital Besar Melaka pada 02/07/1973. Saya mendapat pendidikan awal di Sek, Keb. Ledang, Tangkak, Johor dari darjah satu hingga darjah enam. Kemudian saya meneruskan pelajaran menengah di sekolah yang sama hanya sehingga tingkatan 3 (SRP). Setelah gagal dalam peperiksaan SRP saya tidak lagi menyambung pelajaran dan saya mula bekerja di sebuah bar di Johor Bahru sebagai juruwang. Saya bekerja di bar tersebut selama 2 tahun kemudian bertukar ke bar lain selama 9 tahun. Saya kemudian membuka bar sendiri nama ALIBABA dengan menawarkan perkhidmatan GRO dan mula aktiviti pelacuran di bar saya selama 2 tahun lebih. Perniagaan saya amat menguntungkan sehinggakan saya berjaya membuka beberapa lagi pusat bar/pelacuran di Johor Bahru. Pada tahun 2004, saya menghentikan semua perniagaan bar saya berikutan tempat saya banyak menerima aduan dari orang ramai dan juga keadaan pada masa itu sendang ‘panas’. Walaubagaimanapun saya masih menjalankan aktiviti penganjuran pelacuran secara senyap-senyap yang dijalankan oleh pembantu-pembantu saya sehinggalah tahun 2006. Pada 13/04/2007 saya telah ditangkap dibawah Sek. 3(1) Ordinan Darurat atas aktiviti pelacuran dan ditahan di lokap Balai Polis Central, Johor Bahru selama 58 hari dan pada 12/06/2007 saya diarahkan oleh KKDN untuk menjalani perintah sekatan di Mukim Kuala Kedah, Kedah selam 1 tahun. Saya masih belum mendirikan rumahtangga.
2. Saya tidak pernah menjadi ahli kongsi gelap dan terlibat dalam sebarang kegiatan kongsi gelap atau kumpulan Thug.
3. Saya tidak pernah terlibat dalam penyalahgunaan dadah atau aktiviti berkaitan pengedaran dadah.
4. Saya mula melibatkan diri dalam menganjur aktiviti pelacuran di kawasan Johor Bahru pada bulan Jun 2001 dengan membuka sebuah bar nama ALIBABA di Taman Tebrau, Johor Bahru. Bar saya menjalankan perkhidmatan GRO kepada pelanggan-pelanggan yang datang minum dan kemudian menyediakan perkhidmatan seks sekiranya pelanggan-pelanggan berminat. Kesemua GRO yang bekerja di bar saya adalah warganegara Myanmar, Thailand, Indonesia dan China. Ditingkat atas bar saya ada disediakan beberapa bilik sebagai tempat memberikan perkhidmatan seks kepada pelanggan. Saya telah menjalankan operasi ini selama lebih kurang 4 tahun sehingga tahun 2004. Sepanjang tempoh itu, saya telah membuka 5 buah premis yang menjalankan aktiviti yang sama dan pihak polis beberapa kali membuat serbuan disamping pihak Jabatan Imigresen kerap menjalankan pemeriksaan di premis saya. Pada bulan April 2004 saya telah menghentikan semua aktiviti saya berikutan keadaan pada masa itu agak “panas” dan premis saya sering menerima aduan dari orang ramai. Bermula tahun 2004 hingga 2006, saya hanya menjalankan aktiviti secara senyap-senyap dan hanya dijalankan oleh pembantu saya sahaja memandangkan ketika itu nama saya sudah “hot”.
5. Pada awal bulan September 2006, saya dapat tahu bahawa fail saya telah dibuka untuk EO. Fail yang sama juga telah dibuka atas kawan saya nama Ah Mai (Lo Wah Peng) dan Ah Han (Chong Yow Han). Perkara ini saya dapat tahu daripada Ah Han. Apabila mengetahui perkara tersebut saya berbincang dengan Ah Han bagaimana hendak mengatasi masalah ini. Ah Han memberi pandangan untuk membuat pertanyaan dengan DSP Hedzir (D7, IPK Johor). Kemudian DSP Hedzir memberitahu kepada Ah Han dengan berkata “perkara ini boleh selesai” (koyak itu fail) untuk ketiga-tiga kami. Ah Han memberitahu untuk menyelesaikan kes saya dan Ah Han, DSP Hedzir meletakkan harga RM80,000/-. Saya telah sediakan wang sebanyak itu dan berikan kepada Ah Han untuk diserahkan kepada DSP Hedzir. Wang ini dibayar pada awal September 2006. Pada masa yang sama juga DSP Hedzir meminta supaya Ah Han berjumpa dengan No. 1 (IGP) dan Ah Han ada berjumpa dengan No. 1 di Melaka dan membincangkan perkara ini dengan dihadiri bersama DSP Hedzir. Dalam perjumpaan itu Ah Han ada menyerahkan S$40,000/- dengan dinominasi S$1,000/- dalam envelop. Wang ini disediakan oleh saya dimana saya telah meminta perkerja saya untuk menukarkan dari Ringgit Malaysia (RM) kepada S$ sebelum diserahkan kepada Ah Han untuk diberikan kepada No.1.
6. Walaubagaimanapun pada iaitu lebih kurang 3 minggu selepas pertemuan Ah Han dengan No. 1 iaitu bulan November 2006, saya terkejut mendapat tahu bahawa order 3(1) telah dikeluarkan kepada saya, Ah Mai dan Ah Han pada hal seperti yang kita janjikan fail kami telah “dikoyak”. Kami berbincang antara kami dan dapat tahu bahawa hanya No. 1(IGP) yang boleh tolong. Ah Han sekali berhubung dengan DSP Hedzir melalui telefon untuk minta tolong DSP Hedzir memberitahu memandangkan keadaan sekarang bergitu “hot”, dia meminta kami diam-diam dulu. Dalam masa yang sama juga Ah Han dan No. 1 ada berhubung antara satu sama lain dan Ah Han dinasihatkan oleh No. 1supaya diam-diam dulu kerana sekarang “hot”. Pada awal Februari 2007, Ah Han ada berhubung dengan No.1 dimana waktu itu No.1 ada turun Johor. Ah Han ada bertanyakan bagaimana hal itu kepada No. 1 dan meminta untuk berjumpa walaubagaimanapun No. 1 tidak ada masa untuk berjumpa.
7. Selepas Hari Raya Cina, DSP Hedzir ada turun ke Johor dan ketika hendak balik Kuala Lumpur, Ah Han ada berhubung dengan DSP Hedzir dan mengirimkan S$20,000/- untuk diserahkan kepada No.1 seperti yang diinginkan oleh DSP Hedzir. Wang ini disediakan oleh Ah Han yang meminta budak kerja saya menukarkan RM kepada S$. Walaubagaimanapun, selepas 4 hari Hari Raya Cina (21/02/2007) Ah Han telah ditangkap dibawah EO.
8. Sebenarnya pada Disember 2006, Ah Han pernah dinasihatkan oleh No. 1 untuk mendiamkan diri sementara keadaan masih “hot” dimana kami telah dipanggil untuk keluar negeri dengan syarat kami boleh dihubungi. Untuk itu kami telah pergi ke Singapura, Bangkok, Cheng Raid an Myanmar. Kami telah berada diluar Negara selama satu minggu.
9. Saya memang percayakan Ah Han ada menyerahkan wang kepada No.1 sebab dia merupakan rakan kongsi dan PR saya. Lebih senang cakap “kalau saya takada dia tak boleh hidup dan kalau dia takada saya tak boleh hidup”. Saya pernah berjumpa dengan DSP Hedzir sebanyak 2 kali dimana kali terakhir saya berjumpa dengannya pada bulan Ogos 2006 di Marco Polo Bar, Johor Bahru. Perkara ini iaitu menyediakan wang untuk diserahkan kepada No. 1 dalam pertemuan di atas digambarkan (signal) diberikan oleh DSP Hedzir dan saya memahami maksud beliau pertemuan pertama Ah Han dengan No.1. Yang menetapkan jumlah S$40,000/- ialah saya sendiri. Yang meminta saya menukarkan wang tersebut dari Ringgit Malaysia (RM) kepada S$ ialah saya sendiri dengan tujuan supaya dinominasi S$1,000/- itu, ianya tidak kelihatan banyak dan mudah untuk dibawa. No. 1 ada menjanjikan hal ini boleh selesai walaubagaimanapun tidak boleh cepat dan akan mengambil sedikit masa.
10. Saya merasa telah ditipu dan dianiaya kerana wang telah pun dibayar tetapi janji tidak ditunai.
Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.
DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh CHAI BOON CHAI @ )
AH WAH (No K/P: 730702-04-5356) tersebut di atas )
di Kuala Lumpur pada haribulan 2007 )
Di hadapan saya,
Pesuruhjaya Sumpah
(The original copy of the above was signed and personally delivered to Tun Dr Mahathir Mohamad by Raja Petra Bin Raja Kamarudin).
No comments:
Post a Comment