Share |

Saturday 13 June 2009

PENGANIAYAAN PIHAK BERKUASA MENGULAR KE PENJARA SUNGAI BULOH.

Hampir 20 orang banduan di penjara Sg buloh dilaporan dibelasah oleh pengawal-pengawal penjara tersebut. Saya mendapati laporan media bahawa hanya enam orang yang dikatakan dibelasah adalah tidah benar sama sekali.

Terbaru : Saya menerima SMS bahawa salah seorang Banduan yang cedera telah di bawa ke hospital sungai buloh oleh pihak penjara.

Pada pagi ini saya telah menemui keluarga mangsa-mangsa yang terlibat di perkarangan penjara sungai buloh serta pengarah Penjara Tuan Narander Singh. Menurut beliau, bahawa beberapa banduan yang khayal dengan dadah bergaduh semasa sendiri sehingga keadaan tidak terkawal.

Pengawal penjara terpaksa menggunakan gas pemedih mata serta memukul banduan-banduan dengan beroti atau “batten”.

Apabila saya menanyakan bagaimana banduan-banduan boleh memperolehi bekalan dadah di dalam Penjara yang sepatutnya antara kawasan paling ketat kawalannya. Beliau memberitahu mereka menggunakan bekalan dadah yang terkeluar melalui kumuhan najis setelah menelan dadah sewaktu bertemu samak saudara diluar kawasan penjara.Benar atau tidak penjelasan beliau saya rasa kemungkinan perkara yang amat jijik berlaku tetapi tidak seratus peratus.

Saya juga mendapati bahawa pihak penjara cuba menelan sebuah tembikai sebulat-bulatnya. Sebelum berlaku insiden ini, saya telah menerima panggilan telefon daripada seorang banduan bahawa pihak penjara menafikan rawatan perubatan walaupun keadaan mereka yang terlibat sangat serius.

Saya juga mendapati bahawa pihak Suhakan akan mengadakan tinjauan pada hari Isnin, tetapi ianya hanya membuka ruangan kepada yang terlibat melenyapkan bukti dan mengugut banduan. Apa salahnya mereka turun serta-merta ?

Dalam pada itu , saya berterima kasih kepada ahli-ahli keluarga banduan-banduan yang terlibat atas kepercayaan kukuh mereka terhadap diri saya. Mereka tidak melayan pihak MIC yang cuba menghulurkan bantuan tetapi menunggu ketibaan saya ke perkarangan penjara sungai buloh.

Ahli-ahli Keluarga juga telah merancang mengadakan PIKET dihadapan penjara Sungai buloh dalam usaha mereka mendapatkan penjelasan serta memastikan pihak berkuasa bertindak mengikut lunas-lunas undang-undang.

1 comment:

Anonymous said...

i tak tahu tu semua benar ke tak tapi sebanyak saya tahu penjara sungai buloh bawah jagaan TKPJ Narander Singh tidak pernah dalam keadaan ini