Share |

Thursday, 14 May 2009

7 Mei 2009: Satu Pencabulan Satu Penghinaan

Disumbangkan oleh Murnie Hidayah binti Anuar

Satu hari panjang…


Saya telah mengambil emergency leave pada hari tersebut gara-gara migraine yang sangat teruk tiba-tiba menyerang dari petang Rabu membawa sehingga ke pagi Khamis… ambil ubat..lelap untuk beberapa jam sebelum tersedar dengan pesanan ringkas yang masuk dari Latheefa Koya yang minta saya, Fadiah Nadwa, Puspa dan Radzlan untuk ‘be on stand by’ kalau-kalau berlaku tangkapan lagi di Brickfields seperti yang berlaku pada malam sebelumnya susulan protes yang di buat ke atas penangkapan Wong Chin Huat. Pada 9.15 malam pesanan ringkas dari Fadiah Nadwa masuk memaklumkan bahawa seramai 12 orang telah ditangkap dan khidmat kami diperlukan di sana bagi mewakili mangsa-magsa tahanan pada malam tersebut. Tanpa banyak bicara saya heret bersama Syuhaini Safwan yang ketika itu bersama saya untuk ke balai polis Brickfields.

Apa yang berlaku selepas itu telahpun diperjelaskan oleh Fadiah Nadwa dalam penulisannya dan tidak perlulah diolah semula. Cuma apa yang ingin ditambah dan dikongsi bersama adalah keadaan lokap yang sungguh menyedihkan terutama bagi mereka yang beragama Islam untuk bersolat. Dengan keadaan tandas yang ‘mengerikan’ saya terpaksa mencucinya terlebih dahulu kerana tidak yakin dengan wudhu’ yang diambil di tempat sebegitu lebih-lebih lagi apabila perlu berkaki ayam. (tersenyum sinis apabila teringat saya mencuci tandas penjara tanpa disuruh).


Apa yang membuatkan saya terkedu dan tergamam seketika pada malam tangkapan itu adalah satu kenyataan yang perlu diterima oleh seluruh rakyat Malaysia umumnya iaitu semua orang di negara ini adalah vulnerable hinggakan peguam yang sedang menjalankan tugasnya pun boleh ditangkap dan dilayan seperti penjenayah gara-gara mempertahankan hak statutori seseorang untuk diwakili peguam dan hak peguam untuk berjumpa anak guamnya. Sudahlah hak dinafikan, peguam juga turut ditahan dan disumbat ke dalam lokap!!??! Sungguh aneh tapi inilah kenyataan yang berlaku di Malaysia!


Malam itu, saya kaget dan mula bengang apabila dimaklumkan bahawa anakguam kami telah melepaskan hak mereka untuk diwakili peguam dengan menandatangani Borang 28 ini (sebab saya tahu ini hanya satu helah pihak polis, Penipuan!!). Bertambah bengang bila pihak polis enggan menunjukkan borang tersebut (Sah tipu!!) sebaliknya mengishtiharkan dengan lantang dan dengan nada marah bahawa orang ramai yang berkumpul diluar balai polis untuk mengetahui keadaan tahanan yang berada dalam tahanan polis itu sebagai satu PERHIMPUNAN HARAM. Adakah kami juga sebahagian daripada ‘perhimpunan haram’ tersebut?? Nampaknya begitulah mengikut tafsiran polis-polis Malaysia ini. Yang kelakar, setelah pengumuman bersurai dibuat dan pintu pagar dibuka, kesemua peguam yang menjadi sasaran . . .kenapa tak kejar yang lain??


Adakah satu kesalahan apabila seseorang peguam itu bertegas untuk berjumpa anak guam mereka (yang sehingga ke hari ini gagal ditujukkan oleh pihak polis bahawa anak-anak guam kami telah menandatangani Borang 28 seperti yang didakwanya) sehingga mereka ditangkap seperti penjenayah dan mereka juga telah dinafikan hak untuk berjumpa dengan peguam-peguam mereka?? Pelik dan aneh polis Malaysia ini saya fikir. Semua terjadi dengan begitu pantas! Persetankan seketika kenyataan yang saya telah ditahan polis (tanpa sebarang sebab munasabah!), saya bertambah bengang apabila pihak polis boleh dengan sewenang-wenangnya menggunakan Seksyen 28A (8) Kanun Acara Jenayah sebagai ‘blanket’ untuk menafikan hak seseorang untuk diwakili peguam termasuklah kami para peguam itu sendiri dinafikan hak untuk berjumpa peguamnya!! (kotak pemikiran saya masih belum boleh terima fakta ini!)


Yang terlintas di fikiran saya ketika itu: bagaimana saya nak lawan Polis ni!!?? Sah-sah dia memang tak faham akan ‘spirit’ Perlembagaan Persekutuan dibawah Art 5 (3). Ini satu pencabulan saya fikir. Tapi apa yang mampu dibuat sekarang!? Jadi bengang dengan diri sendiri, mungkin sebab itu saya jadi tak berperasaan apabila kedua-dua tangan saya dipegang dan diheret masuk ke dalam balai. Saya terus berfikir ‘so, what actually amounts to a ‘reasonable belief’ yang dimaksudkan dalam Seksyen 28A (8) tersebut dan bagaimana mereka yang ditahan (termasuk para Peguam yang sedang menjalankan tanggungjawab statutori dan sosialnya) jatuh dalam mana-mana bahagian di bawah subsekyen (8) ini?? Tiada definisi atau garis panduan yang jelas yang diletakkan untuk apa yang dimaksudkan dengan frasa ‘reasonable belief’ ini. Pandangan saya secara individu, subseksyen (8) ini adalah ultra vires kepada apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan adalah sama teruk dengan ISA!! Semuanya terletak dibawah kuasa polis dan apa yang mereka fikir ‘reasonable’!! Apa yang ‘reasonable’ pada pandangan pihak polis, tiada siapa yang boleh mencabarnya. Itulah senario yang jelas berlaku di Malaysia ini. Semuanya BOLEH! MALAYSIA BOLEH!


Adalah satu fakta yang nyata bahawa subsekyen (8) ini telah menyekat hak yang termaktud dengan jelas dan nyata di dalam Perlembagaan Persekutuan. Memandangkan Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan apa-apa (silent) atau tiada sebarang proviso diletakkan bersama berhubung hak seseorang untuk diwakili peguam pilihannya, saya percaya bahawa apa yang dinyatakan dalam Art 5 (3) Perlembagaan Persekutuan itu perlu dibaca sebagaimana yang telah termaktub (iaitu hak untuk diwakili oleh peguam) dan bukan vice versa!


Tidak dinafikan saya terharu dengan sokongan dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Badan Peguam Malaysia berhubung dengan penangkapan kami, namun selain daripada isu peguam yang tidak bersalah ditahan, saya berpendapat terdapat satu perkara lagi yang sama pentingnya yang perlu diberi perhatian serius oleh rakyat Malaysia khasnya para pengamal undang-undang iaitu satu usul perlu dibawa dan diputuskan dengan segera berhubung pendefinisian Seksyen 28A (8) Kanun Acara Jenayah ini. Apa yang boleh dirumuskan dari apa yang berlaku pada 7 Mei 2009 yang lalu ialah bagaimana pihak polis boleh menggunakan akta ini sebagai satu ‘blanket’ untuk menafikan hak seseorang tahanan. Ianya satu pencabulan! Ia perlu dan harus dikaji semula!


Melihat kepada keadaan semasa di negara ini, tidak mustahil perkara yang sama akan berulang dan sekali lagi, kita hanya mampu melihat dan mengkritik. Justeru, saya yakin dan percaya bahawa Malaysian Bar EGM pada hari Jumaat ini dengan sokongan jitu para peguam akan membawa sinar perubahan kepada kegelapan hari ini.


Pencabulan dan Penghinaan ini harus dihentikan ‘without fear or favor’!!!

No comments: