Share |

Friday, 6 March 2009

Keluarga Kugan seret Hospital Serdang ke polis - Malaysiakini

Keluarga A Kugan, yang mati dalam tahanan polis, hari ini membuat laporan polis berhubung lapan perbezaan terang-terangan antara keputusan bedah siasat pertama dengan kedua.

a kugan police assaulted indian youth pj ipd report 060309 07Ditemani peguam N Surendran, kira-kira 10 ahli keluarga mendiang membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pukul 11 pagi terhadap pengarah dan doktor patologi Hospital Serdang yang mengeluarkan keputusan bedah siasat awal.

Turut hadir ahli parlimen PKR Kapar, S Manikavasagam dan dan ahli parlimen DAP Teluk Intan, M Manogaran.

Laporan bedah siasat kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati mendiang mati akibat kecederaan dalaman setelah dibelasah dengan teruk sewaktu ditahan di balai polis Taipan, Subang Jaya.

a kugan police assaulted indian youth pj ipd report 060309 m indraKugan direman sejak 15 Januari lalu bagi membantu siasatan kes kecurian kereta mewah.

Bedah siasat ulangan dibuat susulan rasa tidak puas hati keluarga Kugan terhadap hasil bedah siasat Hospital Serdang pada 21 Januari lalu yang mendapati punca kematiannya akibat paru-paru berair.

Bedah siasat itu juga mendapati pakar patologi pertama hanya membedah siasat bahagian jantung ke atas dan tidak menyiasat bahagian-bahagian mayat yang lain.

Ia berjaya mengesan tiga kesan kecederaan pada badan mangsa.

Bedah siasat kedua oleh PPUM bagaimanapun mendapati 42 lagi kecederaan, kesan bakar dan calar.

Ia memutuskan, kematian pemuda 22 tahun itu akibat kegagalan buah pinggang selepas aliran darah tersekat.

1 comment:

Anonymous said...

sungguh mengecewakan kenapa pihak tertentu melewakan kes ini walaupun sudah dapat keputusan bedah siasat. ini tidak adil semestinya...mana keadilan.???