Share |

Monday, 16 February 2009

Khir Toyo Desak Elizabeth Wong Letak Jawatan

Malaysiakini | 16 Februari 2009

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendesak ahli exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong supaya meletak jawatan exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

“Ini adalah masalah moral. Dulu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pun letak jawatan,” katanya kepada Malaysiakini.

Katanya, apabila perkara yang sama berlaku kepada Dr Chua, pemimpin Pakatan Rakyat mendesaknya supaya meletak jawatan.

“Sekarang mengapa tidak (Elizabeth letak jawatan). Jangan dwi-standard. (Bila) berlaku pada orang tak boleh… (tapi) pada kita tak apa,” katanya lagi.

Elizabeth membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Beliau membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam.

Difahamkan foto-foto yang dirakam tanpa kebenarannya itu - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

‘Secepat mungkin’

Dr Mohd Khir mendesak supaya Elizabeth meletak jawatan “secepat yang boleh”.

Dengan berbuat demikian, katanya, ia akan dapat membersihkan nama PKR.

“Jika tidak, ia adalah parti yang tak ada moral,” katanya.

Dr Mohd Khir juga berkata, ada kemungkinan pihak PKR tidak membuat saringan peribadi setiap calonnya yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu.

Katanya, ini mungkin kerana mereka tidak menyangka akan menang dan menubuhkan kerajaan di Selangor.

Elizabeth menjadi sasaran kedua berkaitan dakwaan seks selepas serangan terhadap seorang wakil rakyat PAS, yang juga exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali yang didakwa ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang.

Dr Halimah menafikannya, beliau membuat aduan polis hujung bulan lepas terhadap sebuah laman web pro-Umno berhubung penyiaran tuduhan tersebut.

1 comment:

Anonymous said...

hahaha itu orang BN buat sukarela dengan perempuan suka sama suka. Ini orang tidur diambil gambar, pun nak resign.....statement akwak ni macam cerita kinzir la toyol....

Awak yang patut resign sebab guna polis untuk destroy dokument2 di SUK. Orang yang macam tu pastinya kinzir tempatan dari indonesia.