Share |

Friday 23 January 2009

Bohong: Dr Khir ' tunjuk bukti ' dan desak Khalid kosongkan jawatan MB...



Jika semalam, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dana anak syarikat kerajaan negeri digunakan membayar 46 ekor lembu korban yang dihantar ke parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur tetapi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Khamis menunjukkan salinan surat mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berbuat demikian.Surat Pejabat Menteri Besar bertarikh 27 November lalu itu ditujukan kepada Pengurus Besar PKNS dengan lampiran senarai 46 surau dan masjid di Bandar Tun Razak untuk program korban yang disahkan dengan tandatangan Khalid, sebagai ahli parlimen kawasan itu bertarikh 22 November.Di bahagian bawah surat pejabat itu, ada catatan tangan mengarahkan SIC (Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd- anak syarikat milik penuh PKNS) supaya membuat pembayaran dan bertarikh 28 November.Bagi Dr Mohamad Khir, tiada ungkapan lebih wajar ditujukan kepada Menteri Besar itu selain menyifatkan Khalid seorang pembohong, penipu serta seorang yang sentiasa berdolak dalih.

"Kita kesal dengan kenyataan akhbar yang dibuat oleh Khalidyang mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu bahawa lembu dihantar ke kawasan itu (Bandar Tun Razak), dan tidak ada arahan berhubung pembayaran RM110,400 itu,” tegas beliau.

Menurut mantan Menteri Besar Selangor itu, beliau ada bukti dokumen menyatakan ada arahan supaya SIC membuat pembayaran tersebut.

Bercakap pada sidang media di Pejabat UMNO Selangor di Shah Alam, pagi Khamis, Dr Mohamad Khir berkata, beliau juga mempunyai salinan invois dan resit pembayaran bagi pembelian lembu-lembu korban bertarikh 16 Disember tahun lalu.

Beliau berkata, perbuatan dan kenyataan Khalid sebagai selain penipuan dan pembohongan juga bertentangan dengan janji pakatan rakyat akan memastikan ketelusan dalam kerajaan di bawah pentadbirannya.

"Saya tak nampak ini ketelusan, ini ketipuan (penipuan)," katanya.

Jelas beliau, Sultan Selangor sebelum ini pernah bertitah mengarahkan supa

No comments: