By Malaysiakini
Persatuan Perniagaan India Malaysia (Miba) kesal dengan sikap tidak sensitif seorang pegawai bank milik kerajaan yang menggunakan istilah 'orang asing' terhadap kaum lain ketika berucap di seminar anjuran Miba di Kuala Lumpur hujung minggu lalu.
Seminar tersebut dianjurkan bersama oleh Miba dengan sebuah bank milik kerajaan berhubung kemudahan bantuan dalam bentuk pinjaman kepada ahli-ahli Miba.
Kira-kira 70 peniaga menghadiri seminar tersebut.
Presiden Miba, P Sivakumar memberitahu Malaysiakini bahawa peserta merasa jengkel apabila seorang pegawai tinggi dari bank tersebut didakwa mengulangi perkataan 'orang asing' itu sebanyak dua kali.
Katanya, pegawai berkenaan "merujuk kepada masyarakat India" ketika memberitahu para hadirin bahawa 'orang asing' kini boleh memohon pekerjaan di bank-bank berkenaan.
Sehubungan itu, Sivakumar menggesa para penceramah di seminar-seminar awam supaya lebih berhati-hati dan lebih bertanggungjawab.
Beliau juga menyifatkan insiden itu sebagai sesuatu yang "memalukan", tidak bertanggungjawab, tidak berperlembagaan dan berunsur hasutan.
"Masyarakat India adalah rakyat negara ini. Beberapa generasi telah berlalu sejak Malaya mencapai kemerdekaannya," tegas beliau.
"Harus diperjelaskan bahawa negara ini mencapai kemerdekaannya dari British hanya selepas ketiga-tiga kaum utama melalui Umno, MCA dan MIC bersetuju dengan Pengisytiharan Perlembagaan Persekutuan untuk mencapai kemerdekaan," katanya.
Sivakumar berkata, masyarakat India telah menyumbang kepada kemajuan negara sejak awal lagi dan turut bekerja keras untuk kemakmuran negara.
"Bagi kini, negara ini adalah tanahair kita, tetapi malangnya masih ada mereka yang menganggap kita sebagai orang asing dan terus menerus menyemai rasa tidak percaya," tambahnya.
Mesti minta maaf
Bagaimanapun, Sivakumar berkata beliau tidak mahu isu ini disensasikan oleh pihak-pihak lain, termasuk parti-parti politik.
"Tidak perlulah kita memperbesar-besarkannya. Ia adalah satu kes terpencil," tegasnya.
Sivakumar berkata, Miba telah menulis surat kepada pegawai terbabit dan juga akan menulis surat aduan kepada pihak bank berkenaan, Gabenor Bank Negara dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Kita mahu beliau (pegawai berkenaan) memohon maaf. Ia juga bukan untuk kepentingan kita tetapi demi kepentingan umum. Ia harus menjadi peringatan kepada yang lain," katanya.
Menurut beliau lagi, insiden itu juga tidak memberi contoh teladan yang baik kepada pegawai-pegawai baru bank yang turut hadir di seminar tersebut.
"Pegawai-pegawai ini memegang jawatan penting dan semestinya bersikap tidak memihak dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Lagi pula, beliau adalah pegawai bank dan tidak seharusnya bersikap seperti seorang ahli politik," katanya.

No comments:
Post a Comment