Parti Progresif Rakyat (PPP) nampak macam tidak ada tempat yang nak dituju.Dikala ada yang menduga ia akan berpegang kepada ‘gertak’ Presidennya Datuk M Kayveas nak keluar dari Barisan Nasional jika kerajaan tidak meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),sebaliknya Majlis Tertinggi parti itu Khamis membuat keputusan untuk kekal dalam BN.
Ia menggangap kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN Selasa lalu bukan bermaksud menghalau PPP keluar BN tetapi hanya sebagai satu respon kepada soalan wartawan.
Mesyuarat Majlis Tertinggi PPP berlangsung di sebuah hotel di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.Ia dipengerusikan oleh Pemangku Naib Presiden Kanan PPP ,Lee Heng kerana Kayveas kini sedang berada di Amerika.
Sebelum mesyuarat itu berlangsung Lembaga Disiplin PPP telah membuat keputusan memecat S.I.Rajah,bekas Presiden parti itu yang mendakwa beliau kini penasihat parti kerana Rabu membuat kenyataan meminta Kayveas letak jawatan berikutan tindakannya gertak mahu keluar daripada BN.
Rajah mendakwa Kayveas membuat kenyataan mengenai ISA tanpa mendapat persetujuan para ahli parti itu.
Lee Heng ketika dihubungi menerusi telefon memberitahu Majlis Tertinggi parti memutuskan untuk berdiri teguh di belakang Kayveas dan juga akan kekal bersama BN dan pada masa yang sama akan terus mendesak kerajaan untuk meminda ISA.
Apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Selasa lalu yang menyerahkan kepada PPP sama ada mahu terus kekal bersama BN atau tidak,beliau berkata , "kami percaya kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri semata-mata menjawab soalan media. Dia bukan menghalau kami, dia cuma berkata, ia terpulang kepada PPP sama ada mahu kekal atau tidak.
"Keputusan kami untuk terus bersama BN tidak bermakna kami menyerah kalah dalam isu memperjuangkan supaya akta ISA dipinda. Kami masih mempunyai masa sehingga pilihanraya umum akan datang untuk terus mendesak sehingga cadangan kami didengari."
Lee berkata, beliau telah menelefon Kayveas sebaik selesai mesyuarat itu. "Kayveas memberitahu kami bahawa parti telah melakukan tindakan yang betul,”katanya. Sementara itu ahli Majlis Tertinggi UMNO,Datuk Seri Nazri Aziz yang ditemui wartawan di lobi parlimen untuk mengulas mengenai isu PPP itu mempersoalkan apa untungnya kehadiran parti itu dalam BN.
Kayveas dijadual pulang dari Amerika pada 24 Disember.
“Dalam BN diibaratkan kita bernikah, kalau dah tak bersefahaman...kalau tak setuju syarat-syarat dalam BN...tunggu apa lagi,”tegasnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang jelas tidak senang dengan tindak tanduk PPP mengingatkan parti itu agar tidak mengugut.
“Dia hadir atas simpati kita saja…peminta sedekah jangan mengugut orang,” tambahnya
No comments:
Post a Comment