Menjelang pengumuman penting Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi esok nampaknya teka teki bagaikan sudah berakhir.Semua indikasi sejak mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada pagi 26 September memutuskan hendak menangguh pemilihan parti ke bulan Mac tahun depan jelas menunjukkan Perdana Menteri tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO.Cuma apa yang semua orang nantikan sekarang ialah kenyataan rasmi Abdullah yang dijangka akan dibuat selepas beliau mengadakan pertemuan dengan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional jam 3.30 petang esok.Ia dikatakan platform yang paling sesuai bagi Perdana Menteri melabuhkan tirai itu.Walaupun kedengaran desas desus mengenai gerak politik belakang tabir untuk meminta Abdullah tetap mempertahankan jawatannya namun Agendadaily difahamkan beliau sudah set dengan keputusannya. KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT.-7/10/2008
---------------------
Jawatan Ketua di 94 Bahagian UMNO jadi rebutan
Biarpun Perhimpunan Agung Umno ditunda dari Disember ini ke Mac tahun depan, bahangnya tetap terasa menjelang persidangan perwakilan bahagian yang bermula Khamis ini, lebih-lebih lagi kerana urusan pemilihan menjadi agenda utamanya. Perkembangan ini bukan sahaja menarik minat 3.3 juta anggota Umno, malah dalam tempoh sebulan yang ditetapkan bagi bahagian mengadakan mesyuarat masing-masing, rakyat keseluruhan akan turut mengikuti pertandingan jawatan ketua di 94 bahagian daripada keseluruhan 191 bahaguan Umno di seluruh negara. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT - 7/10/2008
--------------------------
No comments:
Post a Comment