TIba - tiba Perdana menteri Malaysia, Abdullah Badawi telah bertukar potfolio dengan Najib Tun Razak, Timbalanya. Potfolio yang bertukar ialah Najib menjadi Menteri Kewangan dan Abdullah memegang Menteri Pertahanan.
Serentak dengan itu perbagai khabar muncul. Seperti biasa media arus perdana terus diperkudakan untuk menunjukkan kekukuhan kerajaan Bn. Maka tersiarlah komen pemimpin-pemimpin Umno/Bn yang mengatakan pertukaran itu bagus dan melambangkan kelancaran dan keikhlasan Abdullah ke arah peralihan kuasa.
Komen seperti terus mendesak perlahian sudah tentu tidak diberi ruang utama. Sebenarnya ini mungkin berlaku kerana desakan dalaman Umno itu sendiri, tetapi percayalah walaupun pertukaran itu melibatkan Najib menjadi PM dan Abdullah menjadi TPM juga tidak akan dapat meredakan kemelut dalaman Umno/ Bn.
Dalam sidang media yang sama Abdullah seolah memberikan 'tembakan' menyatakan Anwar boleh ditahan ISA kerana mengancam ekonomi negara. Anwar dijadikan alasan untuk menutup kelemahan Abdullah yang sememangnya menjadi punca utama kekalutan ekonomi negara. Sudahlah Abdullah lembab kerakusan menantu, anak-anak dan kerabat yang rapat di kelilingnya yang begitu tamak lebih memparahkan negara ini. Jika kerana mengancam ekonomi negara boleh ditahan ISA maka sudah tentu Abdulllah dan Khairy serta kerabat kelilingnya yang patut ditangkap dahulu.
Kita juga harus fikirkan kenapa pertukaran ini berlaku.... cheGuBard mendapat satu email yang mengingatkan agar tidak memandang ringan pertukaran potfolio itu. Ketika MAGERAN, kononya Abdullah merupakan Setiausaha bilik gerakan negara. Maka walaupun dia lembab dan lembek tetapi dia punya pengalaman menghancurkan demokrasi negara melalui MAGERAN.
Ramai yang mengatakan juga kerana Abdullah mahu mengalihkan kelemahan ekonomi ke atas bahu Najib... mungkin ini juga ada hujahnya... Menteri Kewangan di berikan kepada Najib tetapi mengapa tidak lubuk wang negara iaitu Khazanah Holding yang seharusnya dipengerusikan oleh Menteri Kewangan...? Jawatan baru iaitu timbalan pengerusi diwujudkan di Khazanah untuk menempatkan Najib selaku menteri kewangan.These are just some of the questions the corporate guys are asking following last week's portfolio swap.
No comments:
Post a Comment