Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir berkata ada kemungkinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO menjelang Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian yang akan bermula 9 Oktober 2008 ini. Ini mungkin berlaku walaupun MT UMNO pada mesyuarat tergempar Jumaat 26 September 2008 menerima cadangan ‘Plan Peralihan Kuasa’ dibawa kehadapan.
Oleh demikian, beliau mengesa ahli UMNO peringkat akar umbi untuk melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan untuk menentukan hasrat ini digagalkan, sesuai dengan aspirasi majoriti akar umbi.
Beliau membuat penjelasan demikian dalam sidang media semasa majlis Buka Puasa Bersama Media yang dianjurkan di Restoran Seri Angkasa, Menara Kuala Lumpur petang ini.
Mukhriz merupakan pemimpin UMNO pertama yang mendesak PM ‘Flip-Flop’ Abdullah untuk meletakan jawatan dan berundur, setelah UMNO dan BN mengalami prestasi buruk dan kekalahan di 5 + 1 negeri masa Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008 dan UMNO kemudianya gagal meletakan Menteri Besar pilihan di dua buah negeri. Beliau juga meminta PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menyerahkan kuasa kepada TPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, satu gesan konsisten semenjak surat bertarikh 12 Mac 2008 itu.
“PM ‘Flip-Flop’ Abdullah wajar berundur dan mengelakan agar UMNO mendapat malu sekiranya beliau terus juga untuk mempertahankan jawatan tetapi akan dikalahkan. UMNO tidak pernah menyaksikan seorang Presiden dikalahkan” dan bersetuju proses demokrasi perlu ujud tetapi dengan keadaan yang tidak mengaibkan parti.
READ MORE HERE: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/09/28/mukhriz-perlu-bersedia-sekiranya-pm-flip-flop-abdullah-mempertahankan-jawatan/
No comments:
Post a Comment