Share |

Sunday 16 November 2014

Bible: PERKASA hormati, ISMA anggap MAIS betulkan keadaan

Kita menerima keputusan ini dan dalam masa yang sama tanggungjawab kita kepada agama telah selesai.

FMT

PETALING JAYA : Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan perjuangan agama Islam dan Melayu menghormati keputusan penyerahan semula Bible versi bahasa Melayu kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurut Ketua Penerangan PERKASA, Hasan Basri, pihaknya menghormati keputusan yang diambil oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan MAIS serta menyifatkan tanggungjawab PERKASA telah selesai berkenaan isu tersebut.

“Kita menerima keputusan ini dan dalam masa yang sama tanggungjawab kita kepada agama telah selesai. Kita juga menghomati keputusan ini kerana prinsip perjuangan PERKASA adalah untuk mempertahankan rukun negara dan perlembagaan,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Hassan menegaskan, pihak gereja perlu mematuhi keputusan yang diambil oleh Sultan Selangor dan MAIS agar Bible itu tidak diedarkan di Selangor dan hanya digunakan di Sabah dan Sarawak.

Sementara Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik menyifatkan pemulangan kitab itu adalah untuk memperbetulkan keadaan.

“Mungkin MAIS tersilap masa merampasnya dan pemulangan kitab Bible itu barangkali adalah untuk memperbetulkannya,” ujarnya dalam satu sistem pesanan ringkas (SMS).

No comments: