Islam tidak pernah menetapkan bentuk sesebuah negara untuk dikatakan sebuah negara Islam. Sistem beraja pernah dan masih menjadi bentuk sebuah negara yang tertegak di dalamnya nilai dan perundangan Islam.
Sebuah negara demokrasi juga boleh menjadi pemerintahan Islam, begitu juga sebuah negara republik tidak menghalang tertegaknya pemerintahan Islam di dalamnya.
Islam dan pemerintahan menjangkau perbahasan bentuk dan format, kerana nilai pemerintahan yang bermatlamatkan keadilan adalah tanda aras kepada sebuah pemerintahan.
Tidak ada maknanya walau apa nama negara yang dibentuk, tetapi keadilan dikesampingkan waima nama negara itu dinamakan dengan nama Islam sekalipun.
Raja atau Sultan merupakan individu yang memainkan peranan besar menjelmakan nilai pemerintahan Islam dalam dunia dan alam Melayu.
Peranan besar yang dimainkan ini berjaya membentuk institusi kesultanan atau institusi beraja yang sinonim bentuk perlindungan kepada kedaulatan Islam sehingga mereka menamakan diri mereka sebagai Zillullah Fil Ardh atau “Bayangan Allah di Bumi”.
Walaupun tradisi beraja sejak zaman pra Islam memakai konsep ini dengan kesesuaian dogma kepercayaan waktu itu, konsep figura suci raja-raja setelah datangnya Islam diberi makna baru kepada perlindungan syariat dan menegakkan keadilan dalam kerangka syariat Islam.
Transformasi sistem kesultanan kepada kerangka Islam tidak syak memainkan peranan Islam dijelmakan dalam bentuk kedaulatan sebagai kerajaan. Oleh kerana Islam tidak mengenali perpisahan antara kerajaan dan agama, maka ulama sebagai institusi menjadi penasihat supaya raja-raja Melayu tidak tergelincir daripada ajaran Islam.
Namun hubungan Islam dengan kesultanan kadangkala dicemari kebimbangan tidak dapat mengekalkan status-quo kuasa, dengan kata lain faktor kuasa dan kecenderungan mempertahankannya termasuklah mereka yang mendapat manfaat menumpang kuasa kadangkala mengabaikan nilai utama pemerintahan, iaitu hak kebebasan bersuara dan menegur pemerintahan.
Pertembungan antara melindungi kuasa dan memberikan hak bersuara sering menyaksikan natijah yang lebih berpihak kepada melindungi kuasa lebih diutamakan.
Kebebasan bersuara yang dianggap tidak banyak berpihak kepada kepentingan dapat terus berkuasa akan berpotensi diabaikan, malah kadangkala dibenamkan.
Demikian halnya dengan apa sahaja bentuk kerajaan yang wujud dahulu dan sekarang, konflik antara memberikan hak kebebasan bersuara dan menjaga kepentingan kuasa akan membentuk hubungan yang menekan antara kerajaan dan rakyat.
Hari ini negara kita memeluk konsep dan bentuk negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, di mana institusi beraja mempunyai kuasa dalam kerangka perlembagaan yang mendefinasikan kuasa Raja atau Sultan.
Istilah yang digunakan ialah Raja Berperlembagaan. Hakikat bahawa institusi beraja dipandu oleh perlembagaan membezakan kita dengan konsep absolute monarchy atau “raja mutlak” yang mempunyai kuasa penuh ke atas perjalanan kerajaannya.
Apapun status raja dalam kategori kuasa, Islam meletakkan beberapa prinsip asas dalam memahami konsep pemerintahan demi memelihara nilai kebebasan bersuara supaya tidak diabaikan dan dibenamkan.
Hak bersuara sebahagian daripada maksud kemuliaan insan yang diiktirafi oleh Islam dalam Al Isra’ ayat 79.
Prinsip asas ini mestilah dipatuhi dan dibela oleh kerajaan dan rakyat kerana antara mempertahankan kuasa yang dimiliki oleh kerajaan dengan mempertahankan hak kebebasan bersuara maka mempertahankan hak kebebasan bersuara adalah lebih utama, kerana kerajaan dengan kuasanya boleh datang dan pergi tetapi hak kebebasan bersuara akan kekal selamanya.
Justeru Islam meletakkan beberapa prinsip asas:
1. Kekuasaan mutlak (absolute and eternal) hanyalah pada Allah yang menentukan kuasa kepada siapa yang Dia dikehendaki. Segala kuasa lain termasuk kuasa kerajaan atau raja hanyalah sementara yang dipinjamkan. Segala sesuatu yang sementara (temporal) bermakna kuasa mereka mestilah dilaksanakan mengikut kehendak dan perintah pemilik mutlak. Jika ‘peminjam’ membuat sesuatu luar daripada ditetapkan, maka menegur kerajaan atau raja tidak boleh dianggap derhaka malah merit teguran itu mesti diadili atas neraca Allah yang mempunyai milik mutlak kuasa.
2. Sahsiah figura atau ketua negara atau apa sahaja istilah yang digunakan seperti perdana menteri, presiden atau raja bukanlah suci daripada sebarang kesalahan, dan kerana itu keperluan menegur adalah sesuatu yang pasti. Menganggap mana-mana figura yang berperanan sebagai ketua tidak boleh ditegur kerana kemaksumannya atau sakralnya adalah khurafat besar yang mesti dihapuskan. Budaya Melayu mengajar kita dari kata-kata Hang Jebat yang malangnya dikaitkan dengan penderhakaan, “Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.”
3. Raja, perdana menteri atau presiden adalah aparatus untuk menegakkan keadilan dan membela hak kepada yang berhak. Apabila aparatus atau alat gagal berfungsi untuk melaksanakannya, maka teguran untuk membetulkan aparatus itu perlu dilakukan kerana tidak mungkin ‘alat’ lebih besar dari matlamat apabila menegur ‘alat’ dianggap derhaka dan tidak patriotik.
4. Kuasa dan bebanannya bukanlah kepada kenikmatannya tetapi kuasa dan bebanannya adalah kepada menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan insaf. Raja atau perdana menteri berada pada tempatnya untuk menjadi contoh unggul, dan paling utama akhlak seseorang raja ialah berendah diri dengan kuasa dan menjinakkan kuasa yang ada pada dirinya, dan bukan dijinakkan kuasa lalu menjadi hamba kepada kuasa. Apabila Raja atau perdana menteri menjadi hamba kuasa maka bertakhtalah ia di hati, maka rakyat akan menjadi mangsa sebagaimana kisah Sultan Mahmud memenuhi nafsunya. Raja yang rendah diri dengan kuasanya dan sedia ditegur adalah raja yang berhati di jiwa rakyat dan apabila seseorang berada di hati kita, maka hubungan raja dan rakyat adalah hubungan kasih.
Islam menentang sikap kuku besi kerana segala nilai kebebasan menegur dan mengkritik secara membina tidak akan menemui cahaya harapan. Berbeza dengan set minda doktrin yang mengangap kritikan kepada raja adalah penderhakaan, Islam meletakkan kritikan kepada raja sebagai kasih untuk menyelamatkan ketua dan untuk memelihara kepentingan umum.
Rasulullah bersabda, “Tolonglah saudara kamu yang zalim atau yang dizalimi”, berkata seorang lelaki, “Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika ia dizalimi, bagaimana pula aku akan menolongnya jika dia seorang yang zalim?” jawab baginda, “Engkau boleh menahannya daripada melakukan kezaliman, maka yang demikian bererti engkau menolongnya” (Riwayat Bukhari)
Hubungan raja dan rakyat adalah hubungan kasih dipandu ajaran agama Islam yang suci kerana raja dan rakyat berpisah tiada seperti umat dan syariat terikat padu bagaikan satu.
#HapuskanAktaHasutan #SolidaritiUntukMangsaKebebasanBersuara – 13 September, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

No comments:
Post a Comment