By Intan Nur Idayu- Themalaysiantimes
KUALA LUMPUR, 10 Sept: Dengan nada yang keras Pemuda MIC hari ini mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak dan mengambil tindakan terhadap beberapa individu yang menghina agama Hindu di media sosial.
Ketua pemuda parti, C. Sivarraajh mendakwa pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara gagal menjalankan tugas mereka dengan adil.
“Sampai bila kami mahu menunggu, masyarakat bertanya kepada kita. Lebih baik jika mereka berdua ini duduk rumah jika tidak mampu jalankan tugas dengan baik,” katanya dengan nada yang kecewa ketika dihubungi The Malaysian Times (TMT) hari ini.
Pegawai Khas Menteri Besar Perak itu berkata demikian mengulas perkembangan mengenai beberapa individu yang masih belum dihadapkan ke mahkamah atas tindakan menghina agama Hindu.
Semalam seorang penyelia tapak binaan, Chow Mun Fai, dijatuhkan hukuman penjara satu tahun atas
tuduhanmenggunakan aplikasi Facebook miliknya untuk menghantar komen yang menyentuh unsur sensitiviti perkauman.
Jelas Sivarraajh lagi, kenyataan Mun Fai ini tidak begitu menjejaskan jika dibandingkan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Man Namblast dan Shahul Hameed sebelum ini.
“Saya setuju dengan keputusan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman terhadap Mun Fai tetapi adakah ini bermaksud mereka yang keluarkan kenyataan lebih sensitif sebelum ini boleh terlepas begitu sahaja?” soalnya.
Katanya, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara berat sebelah dalam membuat keputusan bagi menentukan isu mana yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
“Sayap Pemuda MIC banyak membuat susulan kes Man Namblast dan Shahul Hameed tetapi sehingga hari ini tiada apa-apa tindakan yang diambil terhadap mereka.
“Pada saya Ketua Polis dan Peguam Negara tidak adil,” tegas beliau lagi.
Tambahnya, beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat protes bagi menunjukkan bantahan atas Khalid Abu Bakar dan Abdul Gani yang menjalankan tugas secara berat sebelah.
“Saya nak rakyat nampak kedua-dua pihak (Ketua Polis dan Peguam Negara) ini tidak buat kerja dengan bagus,” katanya lagi.
Beliau menegaskan selama ini MIC sering mempertahankan mereka berdua daripada dikecam oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan hasil kerja dua pihak ini.
Walaubagaimanpun, beliau tidak menyalahkan undang-undang yang menjadi punca beberapa pihak bertanggungjawab terlepas daripada kesalahan mereka.
Akta Hasutan bukan punca masalah
Menurut Sivarraajh, tidak adil untuk menyalahkan Akta Hasutan kerana yang patut disalahkan adalah “individu” yang menyalahgunakan akta tersebut.
“Pada saya, Akta Hasutan itu baik tetapi hanya beberapa individu yang salah gunakan kebebasan secara tidak adil,” ujarnya.
Selain itu, beliau turut percaya jika akta itu digunakan secara adil dan saksama maka rakyat Malaysia akan hidup dengan lebih aman dan hormani tanpa wujud isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan sesetengah pihak.
“Jika wujud individu yang boleh menggunakan undang-undang ini dengan lebih cekap ,saya yakin pihak yang suka keluarkan kenyataan sensitif akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan,” kata Sivarraajh. -TMT

No comments:
Post a Comment