Pusat peranginan Pulau Tiga mengesahkan menerima maklumat mengenai kumpulan pelawat itu dan telah membuat persediaan untuk menerima ketibaan mereka.
KOTA KINABALU: Seramai 26 daripada 189 rakyat Belanda yang menaiki pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak dengan misil di udara Ukraine pada malam Khamis, sepatutnya sudah berada di Sabah dan Sarawak untuk bercuti.
Penumpang rakyat Belanda itu dikatakan terlebih dulu akan melawat Sarawak.
Lawatan mereka di Sabah adalah untuk mengunjungi hutan di Sukau dan Taman Kinabalu untuk melihat keindahan Gunung Kinabalu.
Pulau Tiga juga adalah antara tempat menarik yang dirancang untuk dilawati sepanjang tiga minggu lawatan mereka di sini.

“Antara mereka ialah Peter Essers, 66, isterinya Jolette Nuesink, 60, dan anak anak mereka Emma, 20 dan Valentijin, 17,” kata Richard Hii, jurucakap Tropical Adventure Sdn Bhd yang berpusat di Sarawak.
Syarikat itu sepatutnya menguruskan perjalanan mereka ketika berada di sini.
Menurut Richard, mereka sangat sedih kerana tetamu mereka ditimpa tragedi dan berharap sesiapa saja yang bertanggungjawab mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah dalam nahas itu dihadapkan ke muka pengadilan.
“Tiada apa-apa yang kita dapat lakukan buat masa ini kecuali mendoakan roh mereka yang terkorban dan kesabaran diri keluarga serta kawan-kawan yang meratapi pemergian mereka,” katanya.

No comments:
Post a Comment