Adakah Najib Tun Razak akan tunduk kepada tunduk kepada Ibrahim Ali.
ANALYSIS
PETALING JAYA: Perkasa bakal mengaum lebih kuat bagi memberitahu Umno bahawa taringnya boleh mencederakan parti yang sedang berkuasa itu.
Datuk Ibrahim Ali secara terang -terang memberi amaran bahawa Perkasa boleh menggantikan Umno untuk membela orang Melayu dan agama Islam.
Tokoh veteran itu meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberhentikan retorik yang sedang didendangkan.
Ibrahim nampak berani kerana beliau mendakwa Najib dan Umno menang kerana Perkasa.
Sama ada ia satu gertakan atau tidak, hubungan Perkasa dan Umno adalah seperti orang bercinta.
Benci tapi rindu.
Umno memerlukan Perkasa untuk mendapatkan pengundi Melayu yang kini terbelah tiga.
Umno terpaksa bersaing dengan PAS dan PKR untuk meneruskan survival parti.
Umno jika sendirian sangat untuk mendapatkan undi Melayu terutama pada pilihan raya umum lima tahun lagi.
Meski menang 89 kerusi parlimen, ia bukan jaminan kerusi itu kekal milik Umno dalam pilihan raya umum 14.
Pengundi muda tidak sepenuhya memilih Umno seperti dibuktikan dalam pilihan raya kecil Sungai Limau baru-baru ini.
Pengundi Melayu elit juga begitu. Di sinilah Umno memerlukan Perkasa.
Perkasa memang menyokong Najib dan Umno seperti yang telah dilakukan dalam pilihan raya 5 Mei lalu.
Malangnya Umno tidak mahu memandang malah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Perkasa.
Umno rela membantu NGO yang jauh kecil dari Perkasa yang sesetengahnya hidup pada nama sahaja.
Namun adakah ugutan Perkasa itu menggerunkan Umno atau tidak lebih seperti anjing menyalak bukit.

No comments:
Post a Comment