Walaupun ‘ghaib’ daripada pandangan, golongan ‘transmale’ turut menjadi mangsa penindasan.
COMMENT
Sementara golongan “mak nyah” menjadi sasaran penindasan dan kezaliman kuasawan, golongan “pak nyah” mungkin bernasib lebih baik kerana ‘tidak kelihatan’ pada mata pihak berkuasa.
Walau bagaimanapun golongan pak nyah juga tidak terlepas daripada berdepan pelbagai cabaran berbentuk gangguan seksual dan gangguan mental.
Saya berpeluang bertemu dan berbual-bual bersama-sama seorang pak nyah bernama Dorian Wilde di Bandar Puteri, Puchong pada 30 November 2013.
Pengalaman peribadi yang dikongsikan oleh pemuda berumur 26 tahun itu sesuai juga disampaikan kepada orang ramai. Seperti biasa, segala maklumat ini tentu tidak akan dapat diperolehi di media arus perdana.
Uthaya: Orang selalu mengatakan bahawa gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) adalah disebabkan pengaruh persekitaran. …
Dorian: Biar saya tegaskan bahawa maklumat seperti itu adalah palsu dan khabar angin semata-mata. Dalam kes saya misalnya, sejak kanak-kanak berumur sekitar tiga tahun, saya sudah merasakan dan menyedari bahawa saya sebenarnya seorang budak lelaki walaupun memiliki tubuh seorang perempuan.
Malah, sehingga berumur 18 tahun, saya beranggapan bahawa sayalah satu-satunya individu seumpama ini. Hanya apabila pergi ke Singapura untuk bekerja di sana, saya mula tahu bahawa individu LGBT memang wujud dalam kalangan masyarakat.
Di Singapura juga saya berpeluang bertemu seorang individu transmale iaitu individu yang dilahirkan dengan “identiti seks” (alat kelamin) perempuan tetapi memiliki “identiti gender” lelaki sejak dalam kandungan.
Dia memberikan semangat dan keyakinan secara tidak langsung kepada saya bahawa saya berhak membuat keputusan berhubung siapa diri saya. Dia jugalah yang memberikan panduan dan tunjuk-ajar tentang doktor pakar mana yang perlu ditemui dan apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk melalui transisi dalam usaha mengiktiraf diri sebagai seorang lelaki.
Kemudian, apabila berpindah ke Kuala Lumpur, saya berpeluang bertemu lebih ramai LGBT iaitu golongan minoriti yang sering menjadi mangsa penindasan dan kezaliman. Saya memutuskan untuk menjadi aktivis LGBT bagi menuntut hak serta memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai realiti kewujudan LGBT.
Gambaran negatif yang selalu diberikan adalah kononnya golongan LGBT mengamalkan seks bebas, seks luar tabii dan pesta seks berkumpulan. Segala-galanya dikaitkan dengan seks; seolah-olah LGBT hanyalah pengamal seks atau alat pemuas seks.
Apakah golongan LGBT sendiri berusaha mengubah tanggapan negatif seumpama itu?
Sebaik berpindah ke Kuala Lumpur, saya berpeluang menghadiri sebuah kursus khas yang diadakan bagi golongan “mak nyah” (transwomen) di Seremban. Saya kagum melihat bagaimana mereka diajarkan tentang hak dan peruntukan undang-undang jika ditahan pihak berkuasa. Maklumat itu penting supaya “mak nyah” tidak menjadi mangsa kezaliman dan penindasan.
Semasa meninjau kursus itu juga saya sedar betapa kelompok mak nyah di Malaysia sangat bersatu dan berpersatuan. Mereka saling bantu-membantu dan memberikan tunjur ajar tentang hak sebagai anggota masyarakat dan hak kemanusiaan (human rights) yang dimiliki tanpa mengira identiti seks.
Saya menyedari bahawa keadaan sama kurang terdapat dalam kalangan “pak nyah” (transmale). Puncanya juga amat nyata. Bagi golongan mak nyah, kehadiran mereka dalam masyarakat adalah amat nyata. Kita mungkin terpandang seorang mak nyah di tempat awam dan terus tahu bahawa dia seorang mak nyah.
Hal sama tidak berlaku dalam kalangan pak nyah. Kalau seorang pak nyah berada di tempat awam, belum tentu orang ramai dapat mengecamnya. Lihatlah pada diri saya sendiri yang berjanggut dan bermisai, serta tangan saya berbulu lebat. Selalunya orang tidak akan dapat meneka bahawa saya seorang pak nyah.
Saya menganggap keadaan ini sebagai suatu kelebihan dan juga suatu kekurangan yang terpaksa dihadapi oleh golongan pak nyah. Kelebihannya adalah bahawa orang ramai tidak tahu bahawa individu itu seorang pak nyah. Maka dia terselamat daripada menjadi mangsa buli, penindasan dan kezaliman oleh orang awam dan pihak berkuasa.
Jadi mengapa pula dianggap sebagai suatu kekurangan?
Kekurangan yang saya maksudkan adalah bahawa seorang pak nyah tidak akan mampu mengenali seorang pak nyah lain kerana masing-masing kelihatan sama seperti golongan lelaki normal dari segi penampilan.
Akibatnya, mereka sukar untuk bertemu dan berkongsi kisah atau saling memberikan sokongan moral kepada pak nyah lain seperti yang berlaku dalam kalangan mak nyah. Mereka mungkin duduk semeja di sebuah restoran atau duduk bersebelahan di dalam sebuah bas tetapi masing-masing tidak tahu bahawa individu yang seorang lagi adalah pak nyah seperti dirinya.
Menyedari perkara itu, saya bersama-sama beberapa rakan mak nyah dan pak nyah menerbitkan siri klip video ringkas yang dimuatkan di YouTube. Ia antara lain memuatkan pengalaman, keluhan, suara hati, harapan dan keinginan kami untuk mengekalkan identiti gender yang tertanam dalam minda kami sejak dalam kandungan.
Selepas menonton klip video berkenaan, ramai pak nyah mula menghubungi saya melalui e-mel dan Facebook. Saya gembira kerana mereka kini ada saluran untuk berkongsi kisah, pengalaman dan suka-duka. Ternyata ramai pak nyah yang memendamkan perasaan kerana menghadapi masalah untuk mengenali pak nyah lain dalam masyarakat.
Saya mengambil inisiatif memulakan laman khas tertutup (closed community) bagi pak nyah di Facebook. Ahli mula menambah rakan-rakan pak nyah yang mereka kenali. Maka komuniti itu membesar dan masing-masing terasa gembira kerana sedar bahawa mereka tidak sendirian dalam mendepani realiti kehidupan sebagai pak nyah.
Kami memutuskan untuk menggunakan istilah “pak nyah” bagi merujuk kepada golongan transmale kerana transgender turut merujuk kepada “mak nyah” iaitu transwomen. Sebagaimana istilah “mak nyah”, istilah “pak nyah” juga tidak berciri menghina. Istilah yang menghina adalah bapok, pondan, pengkid dan tomboy.
Berbalik kepada laman komuniti tertutup di Facebook, kami kini berpeluang untuk berbincang, bersoal-jawab dan bertukar pelbagai maklumat berkaitan isu pak nyah. Sehingga sekarang terdapat sekitar 115 ahli dalam komuniti itu. Saya percaya bahawa sedikit demi sedikit, jumlah ahli akan bertambah apabila maklumat sampai kepada lebih ramai pak nyah.
Pernahkah saudara menghadapi masalah berikutan identiti pak nyah yang dimiliki?
Sepanjang saya berada di Singapura, saya tidak menghadapi apa-apa masalah dengan pihak berkuasa di sana. Walaupun saya mengambil hormon semasa berada di sana dan sedang melalui proses transisi (seperti pertumbuhan misai dan janggut), pihak berkuasa di Singapura tidak menimbulkan apa-apa masalah. Tiada sebarang penindasan atau kezaliman.
Walau bagaimanapun, saya menghadapi masalah di tempat kerja. Saya berdepan gangguan seksual semasa sedang melalui proses transisi fizikal. Pada masa sama, perkara-perkara yang merupakan kelaziman bagi orang lain mula menjadi masalah besar bagi saya.
Misalnya untuk pergi ke tandas dan bilik air. Saya hanya boleh pergi ke tandas (tandas lelaki) apabila tidak ada orang. Kalau tidak, pekerja lelaki akan berasa tidak selesa dan marah-marah. Kalau saya pergi ke tandas perempuan, pekerja wanita pula memberikan reaksi sama.
Semasa berada di Singapura, saya juga bekerja sambilan di sebuah bengkel kereta. Gangguan seksual yang saya hadapi di sana adalah jauh lebih mencabar. Misalnya, apabila saya memasuki tandas, pekerja lelaki menghentak pintu dan dinding tandas secara bertubi-tubi.
Selalu juga mereka sengaja menyimbah air ke dalam tandas atau memanjat dinding untuk melihat semasa saya membuang air. Saya terpaksa menghadapi segala gangguan seksual dan gangguan mental itu setiap hari. Fikiran saya sangat terganggu.
Tidak setakat itu, pekerja lelaki di bengkel kereta itu juga akan sentiasa menanggalkan baju dan mencabar saya. Kata mereka, kalau saya seorang “jantan” (lelaki) maka saya juga perlu menanggalkan baju.
Pada waktu itu, saya masih dalam proses transisi. Saya masih ada payu dara. Maka, tentulah tidak sopan, tidak manis dan tidak adil untuk membuli saya sedemikian rupa. Mereka langsung tidak cuba memahami perasaan orang lain.
Gangguan lain yang terpaksa dihadapi adalah apabila pekerja lelaki memberitahu saya bahawa mereka sedia menawarkan khidmat seks kepada saya. Kononnya, jika saya sudah “merasa” zakar mereka, maka pasti saya akan mahu kekal sebagai wanita.
Gangguan seksual dan mental seperti itu terpaksa saya hadapi setiap hari daripada golongan yang tidak tahu realiti sebenar mengenai mak nyah dan pak nyah. Mereka tidak tahu membezakan antara pak nyah (transmale) dan pengkid/tomboy.
Berdasarkan segala pengalaman buruk inilah juga saya merasakan betapa perlu bagi golongan pak nyah untuk bersatu dan saling memberikan sokongan moral antara satu sama lain.
Lebih penting daripada itu adalah usaha mendidik dan memberikan maklumat sebenar kepada orang ramai mengenai realiti kewujudan golongan mak nyah dan pak nyah. Maklumat palsu yang disebarkan media arus perdana membuatkan masyarakat memandang serong kepada kami.
Harapan saya adalah agar orang ramai mendapatkan maklumat sebenar daripada sumber yang sahih. Janganlah menjatuhkan hukuman terhadap golongan mak nyah dan pak nyah berdasarkan maklumat palsu yang disebarkan oleh golongan penzalim dan penindas yang ada agenda politik.
Uthaya Sankar SB mahu bersuara mewakili golongan minoriti yang tertindas, dipinggirkan atau dizalimi.

No comments:
Post a Comment