Polis beri masa sebulan, ia termasuklah, Paint Ball Marker, Air Soft Gun dan Ball Bearing Gun (BB Gun) yang digunakan dalam sukan menembak Paintball.
KUALA LUMPUR: Polis memberi tempoh sebulan kepada kepada pemilik senjata api dan senjata api tiruan, untuk menyerahkan senjata mereka kepada pihak polis atau berdepan dengan tindakan undang-undang.
Ini termasuklah, Paint Ball Marker, Air Soft Gun dan Ball Bearing Gun (BB Gun) yang digunakan dalam sukan menembak Paintball.
Menurut Pengarah Jabatan Logitik Datuk Zulkifli Abdullah, tiada tindakan yang akan dikenakan kepada pemilik sekiranya senjata api tersebut tidak pernah digunakan dalam aktiviti jenayah.
“Malaysia adalah antara negara yang mempunyai undang-undang dan peraturan ketat berkaitan pemilikan senjata api.
“Selain individu daripada ahli pasukan keselamatan, tiada individu yang dibenarkan memiliki, membawa atau menggunakan senjata api kecuali bagi yang diberikan lesen di bawah Seksyen 4 Akta Senjata 1960,” kata Zulkifli dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Beliau berkata permohonan lesen individu untuk senjata api tidak akan dipertimbangkan oleh PDRM, termasuklah senjata api tiruan.
“Permohonan lesen untuk memiliki dan menggunakan senjata tiruan bagi tujuan aktiviti sukan hanya akan dipertimbangkan kepada pengusaha yang terdiri daripada syarikat berdaftar dengan kewangan kukuh dengan modal berbayar tidak kurang daripada RM400, 000 atau kelab-kelab sukan yang berdaftar dan diiktiraf kepakarannya dalam sukan ini oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia,” jelasnya.
Tambahnya lagi, pemilikan senjata api tiruan tanpa lesen bertentangan dengan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan boleh dikenakan hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan.
“Dari tahun 2012 hingga sekarang, polis telah menyiasat 47 kes membabitkan senjata api tiruan.
“Mengikut rekod, 29 orang telah dituduh di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 dan dua orang telah sabit kesalahan dan dipenjarakan 2 bulan,” tambah Zulkifli.
Menurutnya lagi, mereka yang berkelayakan untuk mempunyai kelayakan untuk memohon lesen senjata api tiruan boleh berbuat demikian dalam tempoh satu bulan ini.
`Boleh buat permohonan’
“Mereka bolehlah membuat permohonan untuk memiliki senjata tiruan bagi tujuan sukan dengan mengisi borang tertentu yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di mana aktiviti sukan hendak dijalankan atau mencetak borang Pol. 128 dari laman sesawang PDRM dan melengkapkannya sebelum diserah kepada IPD berkaitan untuk proses permohonan selanjutnya,” katanya lagi.
Beliau berkata tindakan ini diambil untuk memastikan keselamatan rakyat dapat dilindungi daripada ancaman termasuklah menghindari penggunaan senjata tiruan dalam melakukan jenayah.
“Kita galakkan sukan tapi ia perlu dikawal di bawah perundangan,” katanya lagi.
Sementara itu, ketika ditemui di lobi, Zulkifli berkata tindakan tegas dikenakan kepada mana-mana anggota yang kehilangan senjata api mereka, termasuklah dilucutkan jawatan.
“Kita ada proses kita, apabila sesuatu senjata hilang laporan polis mesti dibuat.
“Kemudian satu jawatankuasa siasatan akan ditubuhkan dan tindakan yang berat akan diambil jika kehilangan senjata api itu menjurus kepada jenayah,” katanya kepada FMT.
Jelasnya, PDRM mempunyai Prosedur Standard Operasi (SOP) tersendiri dalam penggunaan senjata api.
” Kita ada lebih 100, 000 anggota yang guna SOP yang sama. Sistemnya kita ada, tetapi tak dapat elak dari berlakunya kecuaian manusia,” katanya lagi.

No comments:
Post a Comment