Suhakam berharap peruntukan wang akan disediakan oleh kerajaan untuk melaksanakan syor-syor laporannya.
PETALING JAYA: Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Datuk Khaw Lake Tee berkata bahawa Suhakam kecewa kerana tiada wang diperuntukkan untuk melaksanakan syor-syornya berkaitan isu hak tanah Orang Asli.
“Suhakam kecewa kerana tiada peruntukan di dalam Bajet 2014 untuk pelaksanaan syor -syor seperti mana yang disebut di dalam Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asli.
Khaw berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ketiadaan peruntukan di dalam Bajet 2014 untuk pelaksanaan syor Suhakam di dalam Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asli yang dikeluarkan dua bulan lalu.
“Suhakam berharap kerajaan akan memperuntukkan sejumlah wang untuk pelaksanaan syor-syor tersebut sebaik sahaja jawatankuasa khas lantikan kerajaan selesai mengkaji syor- syor yang telah dikemukakan,” tambahnya lagi, sambil merujuk kepada jawatankuasa khas yang diketuai oleh Ketua Pengarah Institut Integriti Malaysia, Datuk Mohd Tap Salleh.
Penubuhan jawatankuasa khas tersebut diumumkan pada bulan Ogos lalu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Menteri Kewangan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 50 juta untuk masyarakat Orang Asal Sabah dan Sarawak.
Peruntukan tersebut diberikan untuk tujuan pengukuran dan pemilikan tanah adat.
Selain itu, sebanyak RM105 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan masyarakat Orang Asli.
Sementara itu penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM), Tijah Yok Chopil melahirkan rasa kecewanya terhadap Bajet 2014.
“Apa niat kerajaan? Kerajaan seolah-olah tiada tumpuan. Kami tidak faham,” kata Tijah yang menambah bahawa bajet yang dibentangkan tidak selaras dengan niat kerajaan untuk memberi pengiktirafan terhadap wilayah dan tanah Orang Asli.
Bajet itu juga katanya tidak mengambil kira pandangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang sering kali berkata bahawa mereka tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk membuat pengukuran tanah.
Beliau turut mempersoalkan mengapa RM105 juta diperuntukkan tanpa tujuan yang jelas.

No comments:
Post a Comment