Share |

Sunday, 20 October 2013

NGO India gesa Najib boikot CHOGM di Sri Lanka

Mereka mendakwa negara itu tidak layak menganjur sidang tersebut kerana telah melanggar hak asasi manusia.

PETALING JAYA: Gabungan NGO-NGO Tamil telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak menghadiri persidangan negara Komanwel (CHOGM) ) di Sri Lanka pada 15 hingga 17 November depan.

Wakil gabungan NGO itu, M.A Kalaimugilan berkata, tujuan memorandum ini adalah untuk menggesa dan menasihati Perdana Menteri supaya tidak menyertai dan menghantar wakil-wakil kerajaan ke sidang tersebut.

Kalaimugilan juga mendakwa , Sri Lanka tidak layak untuk menganjur sidang tersebut kerana telah melanggar hak asasi manusia.

“Untuk menganjurkan chogm dalam sebuah negara mempunyai beberapa kiteria di penuhi oleh penganjur (negara), di mana menghormati hak asasi manusia , hak wanita , kemanusiaan dan kebebasan media tetapi kerajaan Sri Lanka tidak mematuhi kriteria-kriteria di atas,” kata Kalaimugilan yang juga Presiden Tamilar Progressive Team.

Beliau menambah, Fiji masih dikeluarkan daripada menjadi ahli dalam Komanwel kerana didakwa telah membunuh seorang wartawan antarabangsa.

Baru-baru ini , Perdana Menteri Kanada berkata, negaranya memboikot sidang tersebut kerana mendakwa Sri Lanka telah melanggar hak asasi manusia.

“Jadi Datuk Seri Najib juga perlu buat demikian atas menghormati perasaan masyarakat Tamil di Malaysia,” kata Kalaimugilan.
Memorandum telah diterima oleh G.Vikneswaran, Penolong Setiausaha Perdana Menteri.

No comments: