Jika kerajaan mahu syarikat ini melaksanakan skim gaji baru, bayaran ini harus ditingkatkan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan dilihat tidak serius melaksanakan penyelarasan polisi gaji minima walaupun pengumuman mengenainya dibuat sejak awal tahun ini.
Antara syarikat yang belum melaksanakan gaji minima adalah syarikat kontrak yang membekalkan perkhidmatan keselamatan, pemberihan dan sebagainya kepada kerajaan.
Alasan yang diberi oleh syarikat kontrak ini adalah bahawa kontrak mereka belum diubahsuai oleh kementerian berkenaan untuk membolehkan mereka membayar gaji yang lebih kepada pekerja,
“Syarikat kontrak ini mengadu sebut harga mereka semasa memohon kontrak adalah berasaskan skim gaji terdahulu.
“Jika kerajaan mahu syarikat ini melaksanakan skim gaji baru, bayaran ini harus ditingkatkan.
“Sepatutnya bajet yang diluluskan pada November 2012 untuk tahun 2013 harus mengambil kira keperluan meningkatkan bayaran kepada semua kontraktor perkhidmatan supaya membolehkan mereka mematuhi skim gaji mulai Januari 2013,” dakwa Koordinator Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) M Sivaranjani.
Beliau sebelum itu bersama kira-kira 50 penyokong Jerit, Parti Sosialis Malaysia (PSM), dan beberapa badan bukan kerajaan lain (NGO) melakukan demonstrasi dihadapan pintu masuk utama bangunan Parlimen pagi tadi.
Perhimpunan aman itu mengemukakan empat tuntutan supaya kerajaan lebih bertanggungjawab terhadap pelaksanaan gaji minima dengan adil termasuk terhadap pekerja asing.
Selain itu, 600,000 syarikat kecil dan sederhana (SME) yang melibatkan 70% pekerja tempatan harus dibantu untuk melaksanakan gaji minima mulai Januari 2014.
Kerajaan juga perlu menghulurkan bantuan kepada syarikat SME dalam kadar pengecualian cukai syarikat untuk satu tempoh tertentu, mengambil alih pembayaran syer majikan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk satu tempoh masa tertentu, serta membekalkan kuasa elektrik dengan kadar yg lebih murah.
“Kami mahu kerajaan bersikap serius dalam hal ini dan berharap ada peruntukan perbelanjaan yang perlu untuk membolehkan SME melaksanakan gaji minima dalam Belanjawan 2014.
“Kami ingin mengingatkan semua pihak bahawa gaji sebanyak RM900 sebulan bukan satu jumlah yg lumayan.
“Tidak mencukupi untuk sebuah keluarga menampung segala perbelanjaan dengan pendapatan RM1800 sebulan (jika suami dan isteri bekerja).
“Tetapi apabila gaji minima yang begitu rendah pun tidak dapat dilaksanakan diseluruh negara, timbul keraguan pekerja terhadap keseriusan kerajaan menangani isu ini,” katanya.
Memorandum tuntutan itu kemudiannya diserahkan kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Jaem di Parlimen.

No comments:
Post a Comment