Share |

Tuesday 13 August 2013

Perkasa kecam tindakan Pak Lah


paklPERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengecam tindakan Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) yang dikatakan telah mengeluarkan dakwaan negatif terhadap pertubuhan tersebut serta mengkritik Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam sebuah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali, beliau menyifatkan buku Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia merupakan sebuah buku penafian semata-mata.


Malah, beliau selaku Timbalan Presiden Kelab Chedet turut berdiri untuk mempertahankan Tun Mahathir kerana beliau menyifatkan kritikan Pak Lah terhadap Tun Mahathir jelas tidak benar sama sekali.
Syed Hassan menjelaskan, tindakan Pak Lah yang mengecam Perkasa kerana dikatakan cuba untuk mengambil hak kaum lain demi kepentingan Melayu adalah tidak benar kerana tujuan pertubuhan tersebut hanyalah untuk mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam dimana telah termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Beliau turut memberi contoh berkenaan pengurangan peruntukan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dimana daipada 90% peruntukan kepada kaum Melayu akhirnya hanya tinggal 55% sahaja di penghujung zaman kepimpinan Pak Lah.
Bukan itu sahaja, Syed Hassan turut mengingatkan Pak Lah bahawa kegagalan Barisan Nasional dalam mendapatkan majoriti 2/3 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum 2008 bukanlah disebabkan oleh Perkasa kerana pada 2008 Perkasa belum ditubuhkan.

Beliau menyifatkan kepimpinan Pak Lah gagal mengurus ekonomi negara dengan baik hingga menyebabkan kaum Cina menghadapi kesukaran dalam perniagaan.
Selain itu, Syed Hassan turut mempersoal kenyataan Pak Lah yang mengatakan ekonomi negara bakal muflis jika projek-projek Tun Mahathir diteruskan.
“Negara boleh muflis jika teruskan projek-projek Tun M rancangkan? Sebelum zaman Tun M negara kita negara kayakah? Projek-projek mega yang Tun M telah siapkan sudah membuatkan negara muflis kah?

“Saya nak tanya Pak Lah, Tun M habiskan banyak wang negara yang hasilnya dari mana tu sebnarnya? Wang negara dari sebelum Tun M jadi PM kah? Sebelum Tun M jadi PM sudah banyakkah wang negara?,” jelas Syed Hassan dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan beliau hari ini.

Tambah Syed Hassan, tahun-tahun paling malang kepada rakyat Malaysia adalah semasa pentadbiran Pak Lah sebagai Perdana Menteri iaitu dari Oktober 2003 hingga April 2009.
“Kononnya menyelamatkan negara dari muflis jika melayani desakan Tun M meneruskan projek-projek yang telah Tun M rancang sebelumnya seperti landasan berkembar kereta api padahal negara rugi besar bila projek tersebut disambung semula oleh Pak Lah setelah beliau memberhentikannya untuk beberapa tahun. Itu fakta yang Pak Lah jangan nafikanya,” ujar Syed Hassan.
Berikut merupakan kenyataan akhbar penuh yang dikeluarkan oleh Perkasa:

No comments: