Anak saya ditampar atas alasan duduk tanpa kebenaran sedangkan pelajar lain diarah berdiri
SEREMBAN – Seorang ibu kesal dengan sikap seorang guru sekolah menengah dari Mantin, Seremban dan mendakwa guru tersebut menampar anak lelaki beliau tanpa alasan munasabah.
Dalam satu sidang media yang diatur oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Nilai, J Arul Kumar (DAP); ibu pelajar terbabit, Tai Wai Sin, 42, berkata anak lelaki beliau merupakan pelajar Tingkatan Satu di sekolah tersebut.
Tai mendakwa kejadian itu berlaku minggu lepas waktu persekolahan, apabila anaknya sedang mengikuti kelas Geografi di bawah guru tersebut. Anak saya ditampar atas alasan duduk tanpa kebenaran sedangkan pelajar lain diarah berdiri.
“Saya dimaklumkan oleh anak saya kira-kira jam 8.45 pagi. Seorang guru wanita yang mengajar subjek Geografi masuk ke kelas untuk memulakan pelajaran.
“Ketika guru tersebut masuk ke kelas, beliau meminta semua pelajar berdiri dan kemudian guru tersebut keluar untuk pergi ke tandas tanpa meminta pelajar duduk.
“Walaubagaimanapun disebabkan kaki anak saya cedera selepas bermain bola sepak, anak saya duduk sementara menunggu guru wanita Geografi tersebut masuk semula ke kelas.
“Sebaik sahaja guru wanita itu masuk dan mendapati anaknya sedang duduk bersama pelajar lain, guru wanita itu menghubungi seorang guru lain.
“Selang beberapa minit datang seorang guru lelaki dan memanggil anak saya keluar dari kelas dan tanya apa yang berlaku.
“Sebelum itu anak saya nampak guru wanita itu menangis. Anak saya kurang fasih berbahasa Melayu, maka dia menerangkan kepada guru lelaki tersebut sambil menggunakan isyarat tangan.
“Tiba-tiba guru lelaki tersebut naik marah dan menampar pipi serta memukul kepala anak saya,” jelas Tai.
Tai berkata guru terbabit berterusan mahu memukul anaknya namun dihalang oleh guru wanita tersebut.
Tai kecewa apabila guru yang menampar anaknya menafikan insiden itu sementara guru wanita terbabit cuba menyembunyikan kejadian sebenar.
“Guru tersebut memberitahu saya anak saya pula yang membuat cerita. Jika anak saya duduk tanpa kebenaran sekalipun, ia bukanlah satu kesalahan yang besar.
“Jika betul anak saya nakal atau buat salah, guru tersebut boleh mendenda anak saya. Tetapi tidak perlu sampai menampar atau memukulnya,” katanya.
Sementara itu Arul Kumar yang juga merupakan seorang bekas guru berkata adalah tidak munasabah untuk menampar dan memukul seorang pelajar di atas kesalahan kecil seperti itu.
“Tidak boleh tampar pipi atau pukul kepala pelajar.
“Hanya boleh rotan di tangan atau kaki, itupun mengikut keseriusan kes disiplin tersebut,” kata Arul Kumar.

No comments:
Post a Comment