Persoalan yang timbul adakah Khalid sekarang layak untuk terus memegang jawatannya, kata Gobind Singh.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo mempertikai kedudukan Tan Sri Khalid Abu Bakar selaku Ketua Polis Negara (KPN) setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan bahawa beliau bertanggungjawab terhadap kematian A Kugan dalam tahanan polis.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau jemaah menteri digesa mengambil tindakan terhadap Khalid, kata beliau dalam notisperaturan mesyuarat 18 Parlimen yang dihantar kepada FMT hari ini.
“Memandangkan pencarian-pencarian ini yang luas dilaporkan dalam media, persoalan yang timbul adakah Khalid sekarang layak untuk terus memegang jawatannya atau seharusnya dipecat dan/atau digugurkan dengan serta-merta daripada jawatan itu,” katanya.
Melalui notis tersebut, Gobind mendapat keizinan Dewan Rakyat untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang dikehendaki disegerakan.
Gobind berkata, dalam keputusannya, Hakim V T Singham juga membuat pencarian bahawa terdapat elemen-elemen penggelapan (cover-up) oleh Khalid semasa siasatan kes Kugan.
“Umpamanya kegagalan beliau untuk mengklasifikasikan siasatan sebagai kes bunuh dan juga kegagalan beliau mengarahkan siasatan dalaman berkenaan kematian Kugan khususnya melihat kepada jenis kecederaannya.
“Hakim tersebut juga menyatakan kenyataan beliau berhubung sebab kematian Kugan juga tidak konsisten dan tidak dijelaskan oleh beliau yang menjadi Ketua Polis Selangor pada masa tersebut,” terang Gobind.
Kugan ditangkap di Puchong pada 14 Januari 2009 dan diahan di Balai Polis Puchong Jaya semalaman lalu di hantar ke Balai PolisTaipan, Subang Jaya untuk siasatan. Beliau ditemui mati dalam lokap di situ pada 20 Januari 2009.
Dalam kes yang pertama seumpamanya, mahkamah tersebut juga telah mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi sebanyak RM801,700 kepada keluarga Kugan.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/06/27/mp-puchong-gesa-pm-bertindak-terhadap-kpn/#sthash.r4OuMihV.dpuf

No comments:
Post a Comment