Share |

Thursday 9 May 2013

Hentikan menyalahkan komuniti lain atas prestasi buruk BN, kata Pak Lah

OLEH CLARA CHOOI

KUALA LUMPUR, 8 Mei — Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menggesa agar semua percubaan untuk membangkitkan sentimen perkauman dihentikan yang menyalahkan komuniti tertentu di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) di peti undi Ahad lalu.

"Ini tidak adil dan tidak membantu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas perdana menteri (gambar) yang meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Razak pada 2009 selepas BN hilang majoriti tradisi dua pertiga di bawah kepimpinannya, bersetuju keputusan pilihan raya Ahad lalu memerlukan negara untuk melakukan perdamaian dan perpaduan nasional.

Beliau juga menggesa pembangkang menerima dan menghormati keputusan pilihan raya, walaupun mereka kalah dengan majoriti tipis dan mendakwa penipuan dan kesalahan pilihan raya besar-besaran dalam proses Pilihan Raya 2013.

"Rakyat Malaysia berhak untuk kestabilan dan kepastian yang hanya boleh dicapai dengan semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini," katanya dalam mesej kepada pembangkang.

"Mari kita bergerak ke hadapan untuk kepentingan rakyat Malaysia."

2 comments:

MDS TECH SOLUTIONS said...

Memang rakyat Malaysia berhak untuk kestabilan. Dan rakyat Malaysia juga berhak menolak penipuan undi dan penyalahgunaan IC kepada warga asing

Anonymous said...

Sapa yg bangkitkan isu kaum ni, bukan pasai kalah tipis ke tebal tapi hangpa menang cara kotoq!
Baru bangun ke Pak Lah ..slmat ptg Pak Lah!