Mewakili kepimpinan KEADILAN, saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan
ganas Umno dalam beberapa insiden terkini yang mengancam keselamatan
orang ramai dan pimpinan KEADILAN.
Rusuhan yang diadakan oleh pengikut-pengikut Umno berniat jahat dan
berunsur ganas dari awal, apabila mereka membaling telur, kayu dan kon
lalulintas ke arah ibupejabat KEADILAN yang turut mengenai beberapa
anggota KEADILAN yang berada di tempat yang sama. Keganasan ini adalah
terancang kerana mereka membawa telur, kayu dan kon lalulintas
semata-mata bagi tujuan ini.
Selain bertindak ganas, pengikut-pengikut Umno ini juga mengugut untuk
membakar bangunan yang merupakan satu ancaman jenayah.
Sepanjang kejadian ini berlaku, tidak ada seorang anggota polis pun
yang campur tangan untuk menghentikan perlakuan ganas yang melanggar
undang-undang. Sangatlah memalukan apabila Balai Polis Tropicana
hanyalah terletak dua pintu dari ibupejabat KEADILAN dan anggota polis
hanya berpeluk tubuh sahaja.
Perkara yang sama berlaku di Melaka (yang melibatkan Dato’ Seri Anwar
Ibrahim) dan di depan pejabat Saudara Tian Chua di Jalan Ipoh
(termasuk ugutan untuk mencederakan Saudara Tian Chua); kedua-duanya
berlaku minggu lepas. Dengan perlakuan ganas yang mencederakan orang
ramai, anggota polis tidak pun diberi arahan oleh ketua mereka untuk
bertindak menahan pengikut-pengikut Umno yang biadap, melanggar
undang-undang dan menjejaskan keselamatan awam.
Sebab itu KEADILAN meletakkan sepenuh tanggungjawab ekoran
insiden-insiden keganasan ini di atas bahu Dato’ Seri Najib Tun Razak
dan Umno/Barisan Nasional kerana ia sudah tentu mendapat restu dari
pimpinan Umno/Barisan Nasional. Sehingga kini tidak ada seorang pun
pimpinan Umno/Barisan Nasional yang tampil mengutuk kejadian keganasan
ini.
Siri keganasan ini dipertingkatkan kebelakangan ini bersempena kempen
fitnah yang cuba mengaitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan
KEADILAN yang lain kononnya sebagai dalang peristiwa pencerobohan di
Lahad Datu. Selain propaganda di media perdana yang dimainkan saban
hari, kumpulan-kumpulan samseng Umno digerakkan untuk mengugut dan
menimbulkan kebencian melalui cara keganasan.
Saya yakin ini adalah perancangan tersusun Umno/Barisan Nasional yang
mengambil kesempatan dari peristiwa pencerobohan di Lahad Datu sebagai
modal politik untuk menimbulkan kebencian terhadap Dato’ Seri Anwar
Ibrahim. Politik kebencian yang dimainkan Umno/Barisan Nasional ini
dijadikan alasan untuk mengancam keselamatan pimpinan KEADILAN melalui
siri keganasan yang berterusan.
Malah, saya tidak menolak kemungkinan politik kebencian atas
kesempatan peristiwa pencerobohan di Lahad Datu mungkin digunakan oleh
anasir tertentu di dalam Umno untuk memastikan Dato’ Seri Anwar
Ibrahim sendiri ditahan, disiasat dan seterusnya didakwa di bawah
undang-undang keselamatan.
Saya menasihati pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya
mengambil berat kejadian-kejadian keganasan yang makin meningkat dan
mengenakan tindakan keras terhadap mereka yang terlibat dan menjadi
dalang. Pimpinan tertinggi PDRM juga wajiblah menolak sebarang anasir
yang cuba mengambil kesempatan dari peristiwa pencerobohan di Lahad
Datu untuk menekan lawan politik seperti yang berlaku sekarang.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI PKR
63 comments:
Kalau UMNO buat salah, tapi kalau PR yang buat semua betul.
Rasanya tidak perlu takut. Kita ada undang-undang. Walaupun mereka itu pengikut BN sekali pun undang-undang tetap dikenakan.
Mereka melakukan kesalahan tetaplah dikenakan tindakan undang-undang.
Ini bukan masalah ambil kesempatan atau tidak. Tapi ini masalah Pembangkang sendiri yang mengambil kesempatan dengan mengatakan yang bukan-bukan.
Bukan orang BN saja marah malahan orang PR sendiri pun marah dengan kenyataan Tian Chua itu.
Tindakan Tian Chua membuat rakyat Malaysia marah.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan khabar angin mengenai pencerobohan lelaki bersenjata Kesultanan Sulu di Lahad Datuk kerana pihak berkuasa cuba melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan proses rundingan.
BN tidak pernah pun mengalakkan keganasan. Hanya orang pembangkang yang suka buat semua itu.
Jika ingin bukti tidak payah risau. BERSIH boleh menjadi bukti Pembangkang dalang dalam semua ini.
Beliau berkata, khabar angin itu hanya akan membawa kepada perasaan kurang senang dan menimbulkan kekacauan.
Menjual dan menggunakan NGO dalam perhimpunan tersebut. Pembangkang cuba berselindung dengan nama NGO. Memang dari dulu lagi kita tahu. Pembangkang jika mereka yang ingin memberontak semua mereka kata baik, tapi bila kerajaan BN yang buat semua itu salah.
Teruskan memberikan yang terbaik kepada rakyat. Kerajaan BN adalah pilihan yang tepat untuk kita.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah memandang remeh aspek keselamatan dan akan mempertahankan kedaulatan negara dengan kemampuan yang ada.
Najib berkata, rakyat pasti tidak dapat menikmati kesejahteraan, kehidupan dan pembangunan sempurna jika tidak wujud keamanan.
Bagi mana-mana manusia, ada beberapa perkara yang menjadi asas kepada kehidupannya iaitu api, air, pekerjaan, kesihatan, pendidikan dan juga keinginan memiliki rumah yang sempurna.
kejadian di Lahad Datu dan Semporna adalah antara contoh bagaimana kerajaan mempertahankan keselamatan rakyat dan negara.
“Bagi yang tidak melalui kesukaran itu, tentu tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan terpaksa dilalui serta keperitannya. Kita masih dapat memelihara keamanan dan berdepan ancaman bila negara ada kekuatan dan bersatu.
If you thought Saiful's father turnaround statement was big news, then check this another turnaround by Anwar. Not actually a turnaround but his words was to please the Australian.
It is typical of Anwar to please the audience he is speaking to especially when he needs the support of Australian to accuse the general election as dirty and fraudulent after his expected lost.
Lynas is DAP's baby to make entry into Pahang. It was one of the main issue raised in the so-called NGO driven Himpunan Rakyat 112. They are adamant to go against Lynas irrespective of the reasons put forward.
Tindakan pembangkang yang berterusan mempolitikkan isu pencerobohan pengganas Sulu di Sabah dilihat sebagai strategi mengalih perhatian rakyat selepas turut dikaitkan dengan insiden tersebut.
Ini kerana pembangkang sudah kekeringan isu untuk terus memburukkan Kerajaan BN yang kini dilandasan yang betul untuk terus dipilih rakyat dalam PRU-13 akan datang.
Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, pembangkang juga cuba mengambil peluang memperkecilkan kemampuan negara menangani isu itu termasuk dalam penggunaan pesawat komersial bagi menghantar pasukan keselamatan ke Sabah.
Disebabkan tiada lagi isu dan hujah terbaru yang boleh mempengaruhi rakyat untuk terus menyokong Pakatan Pembangkang, akhirnya mereka menjadikan isu remeh temeh sebagai modal untuk menghentam Kerajaan biarpun ini dilihat sebagai suatu langkah yang terdesak.
Bagaimanapun, menurut beliau, rakyat hari ini sudah semakin bijak dan tidak mudah terpengaruh dengan strategi pembangkang yang hanya bermatlamat memburuk-burukkan kerajaan.
Inilah kualiti pembangkang di negara ini, sering kali meletakkan kesalahan terhadap kerajaan tanpa memikirkan baik dan buruk sesuatu tindakan serta tidak memikirkan soal nyawa rakyat dan keamanan negara.
Dalam isu penggunaan pesawat komersial itu, kerajaan pastinya perlu menggunakan apa-apa jua sumber terbaik bagi melindungi keselamatan negara.
Sementara itu, Pensyarah di Jabatan Pengajian, Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Jayum Jawan berkata, pembangkang tidak sewajarnya mempersoalkan usaha kerajaan tersebut memandangkan melibatkan soal nyawa rakyat dan keamanan negara.
Ramai yang melihat pendekatan itu merupakan langkah bijak yang diambil kerajaan memandangkan pesawat komersial lebih praktikal dari segi kos dan masa.
Dalam masa sama, katanya, langkah itu juga membolehkan kerajaan memaksimumkan penggunaan pesawat tentera untuk mengangkut keperluan logistik ketenteraan lain bagi memastikan misi menamatkan pencerobohan pengganas tersebut berjaya diselesaikan segera.
Inilah kualiti pembangkang di Malaysia yang kini terletak di tahap yang paling teruk dalam peratusan kualiti. Mereka bukan hanya sibuk dengan hal remeh temeh juga menjadikan isu peribadi sebagai modal walaupun menyedari itu tidak akan mendorong rakyat untuk terus menyokong mereka.
PEMIMPIN DAN PENYOKONG2 PR MEMANG BODOH.. ANWAR YANG TERLIBAT MENDALANGI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU, TIDAK PULA DIANGGAP GANAS
Semalam Wan Azizah dan Nurul Izzah, isteri dan anak perempuan Anwar Ibrahim telah mengancam akan menyaman mana-mana pihak yang cuba mengaitkan Anwar Ibrahim dengan serangan lanun Sulu yang merupakan lanun-lanun MNLF pimpinan Nur Misuari yang digunakan oleh 'sultan' Sulu ke atas Sabah. Anwar Ibrahim pula, dalam ceramahnya di Seberang Perai, mengancam untuk menyaman Utusan Malaysia dan TV3 kerana menyiarkan berita tentang kaitannya dengan Nur Misuari serta lanun-lanun Sulu.
PEMIMPIN DAN PENYOKONG2 PR MEMANG BODOH.. ANWAR YANG TERLIBAT MENDALANGI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU, TIDAK PULA DIANGGAP GANAS
Cubaan untuk melarikan Anwar Ibrahim daripada tekanan masyarakat Malaysia berhubung pembabitan serta pendalangannya dalam serangan lanun Sulu ke atas rakyat Sabah, begitu kelam-kabut sehinggakan pecacai Pakatan Rakyat dengan SENGAJA telah melakukan pelbagai kesilapan. Mereka berharap, kesilapan tersebut akan diperdebatkan dan dipanjangkan oleh pihak saingan mereka.
PEMIMPIN DAN PENYOKONG2 PR MEMANG BODOH.. ANWAR YANG TERLIBAT MENDALANGI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU, TIDAK PULA DIANGGAP GANAS
Antara kesilapan terbesar yang disengajakan ialah gagal membezakan antara Jamalul Kiram III dengan Haji Murat Ebrahim, sengaja memetik kenyataan Nur Misuari yang berbohong tentang 'janji' Najib Abdul Razak kononnya menyediakan tempat di Sabah untuk lanun-lanun Sulu itu dan hubungan Najib Abdul Razak dengan pemimpin-pemimpin Sulu, konspirasi politik UMNO-BN.
PEMIMPIN DAN PENYOKONG2 PR MEMANG BODOH.. ANWAR YANG TERLIBAT MENDALANGI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU, TIDAK PULA DIANGGAP GANAS
Pecacai Pakatan cuba buat-buat lupa tentang fakta utama yang telah didedahkan oleh blog-blog pro-UMNO-BN semenjak Oktober 2012 lagi tentang pertemuan antara Anwar Ibrahim dan Nur Misuari serta Anwar Ibrahim dengan Jamalul Kiram III.
PEMIMPIN DAN PENYOKONG2 PR MEMANG BODOH.. ANWAR YANG TERLIBAT MENDALANGI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU, TIDAK PULA DIANGGAP GANAS
Apabila berlaku pencerobohan oleh lanun-lanun Sulu ke atas Lahad Datu, maka timbullah persoalan tentang rangka masa insiden tersebut dengan pertemuan antara Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari dan Jamalul Kiram III.
PEMIMPIN DAN PENYOKONG2 PR MEMANG BODOH.. ANWAR YANG TERLIBAT MENDALANGI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU, TIDAK PULA DIANGGAP GANAS
Lebih ramai orang terutama penduduk Lahad Datu mempersoalkan perkara yang paling fundamental, mengapa semua ini berlaku ketika negara ini sedang bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum. Malah mengapa pula ianya berlaku selepas Malaysia berjaya menjadi pengantara perjanjian damai antara Kerajaan Filipina dengan Moro Islamic Liberation Front (MILF) pimpinan Haji Murat Ebrahim.
PEMIMPIN DAN PENYOKONG2 PR MEMANG BODOH.. ANWAR YANG TERLIBAT MENDALANGI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU, TIDAK PULA DIANGGAP GANAS
Fakta itu turut menarik perhatian beberapa agensi antarabangsa seperti contoh, Reuters, yang menyatakan bahawa ahli politik pakatan pembangkang Malaysia dengan Anwar Ibrahim dipercayai telah bertemu dengan Sultan Sulu tahun lepas serta menyatakan sokongan Pakatan Rakyat kepada tuntutan lanun-lanun Sulu ke atas Sabah.
PEMIMPIN DAN PENYOKONG2 PR MEMANG BODOH.. ANWAR YANG TERLIBAT MENDALANGI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU, TIDAK PULA DIANGGAP GANAS
Pada masa yang sama, Philippines Daily Inquirer turut mendedahkan tempat pertemuan Anwar Ibrahim dengan kedua-dua ketua lanun Sulu itu berlaku dalam bulan November tahun lepas dengan Jamalul Kiram II menuntut Sabah atau sekurang-kurangnya mendapat pampasan yang lebih besar daripada Kerajaan Malaysia.
PEMIMPIN DAN PENYOKONG2 PR MEMANG BODOH.. ANWAR YANG TERLIBAT MENDALANGI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU, TIDAK PULA DIANGGAP GANAS
Laporan-laporan media di Filipina pula mengaitkan laporan yang bersumberkan Perisikan Ketenteraan Filipina yang secara konsisten menyatakan tentang tiga kumpulan yang cuba mendapat keuntungan besar menerusi keinginan Jamalul Kiram III membuat tuntutan terhadap Sabah. 'Faktor luaran' ini menurut sumber Inquirer, merupakan satu kumpulan kecil yang melakukannya semata-mata kerana wang, kumpulan yang anti pentadbiran Aquino dan pembangkang Malaysia.
PEMIMPIN DAN PENYOKONG2 PR MEMANG BODOH.. ANWAR YANG TERLIBAT MENDALANGI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU, TIDAK PULA DIANGGAP GANAS
Sumber itu juga menyebut, Jamalul Kiram III dan para pengikutnya, telah melakukan perancangan rapi untuk menceroboh Lahad Ini pada penghujung Januari tahun ini. Pada Februari, sekumpulan kecil lanun-lanun Jamalul Kiram III menyusup masuk ke Lahad Datu, diikuti pula oleh Raja Muda Agbimuddin yang kemudian mendarat di Tandao, Lahad Datu.
PEMIMPIN DAN PENYOKONG2 PR MEMANG BODOH.. ANWAR YANG TERLIBAT MENDALANGI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU, TIDAK PULA DIANGGAP GANAS
Pasukan keselamatan Malaysia telah mengepung kumpulan Agbimuddin tetapi menggantung sebarang tindakan kekerasan sebaliknya meningkatkan pujukan agar mereka meninggalkan Lahad Datu dan menyerah dalam tiga tempoh masa. Kali keempat adalah di atas permintaan Kerajaan Filipina.
PEMIMPIN DAN PENYOKONG2 PR MEMANG BODOH.. ANWAR YANG TERLIBAT MENDALANGI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU, TIDAK PULA DIANGGAP GANAS
Pihak berkuasa Malaysia mengambil langkah berhati-hati dalam menangani kumpulan Agbimuddin ini kerana mereka mempunyai hubungan dengan Nur Misuari, pemimpin MNLF yang juga sangat rapat dengan Jamalul Kiram III. Laporan menyatakan Nur Misuari tidak gembira dan berdendam dengan perjanjian damai antara Kerajaan Filipina dengan MILF yang telah diusahakan oleh Malaysia dan Najib Abdul Razak.
PEMIMPIN DAN PENYOKONG2 PR MEMANG BODOH.. ANWAR YANG TERLIBAT MENDALANGI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU, TIDAK PULA DIANGGAP GANAS
Pada tahun 1990-an, Malaysia telah berjaya memeterai perjanjian damai antara MNLF yang diketuai oleh Misuari dengan Kerajaan Filipina. Atas sebab masalah peribadi Nur Misuari yang dilihat lebih tamak dan serakah, sambil cuba mengambil kesempatan daripada perjanjian damai tersebut demi kepentingan diri, Malaysia kemudiannya mengalihkan sokongan kepada MILF. Kebanyakan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada Mindanao telah disonglap oleh Misuari untuk membeli senjata demi memperkukuhkan kedudukannya. Dengan kata lain, Misuari sebenarnya tidak pernah berminat hendak berdamai sebaliknya otaknya ligat mencari wang untuk membeli senjata!
PEMIMPIN DAN PENYOKONG2 PR MEMANG BODOH.. ANWAR YANG TERLIBAT MENDALANGI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU, TIDAK PULA DIANGGAP GANAS
Nur Misuari bengang dengan Malaysia dan marahnya semakin menjadi-jadi apabila Malaysia berjaya memeteraikan perjanjian antara MILF dengan Kerajaan Filipina pada penghujung tahun lepas. Misuari hanya mencari sebab dan fasal untuk menyerang Malaysia atau lebih tepat lagi Sabah untuk melepaskan kemarahannya.
PEMIMPIN DAN PENYOKONG2 PR MEMANG BODOH.. ANWAR YANG TERLIBAT MENDALANGI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU, TIDAK PULA DIANGGAP GANAS
Perisikan Filipina juga mendedahkan bahawa Anwar telah bertemu Nur Misuari di Manila baru-baru ini. Selepas pertemuan tersebut, Misuari dilaporkan telah bertemu dengan Jamalul Kiram III tidak lama sebelum Lahad Datu diserang.
PEMIMPIN DAN PENYOKONG2 PR MEMANG BODOH.. ANWAR YANG TERLIBAT MENDALANGI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU, TIDAK PULA DIANGGAP GANAS
Hubungan rapat antara Anwar Ibrhaim dengan Misuari telah didedahkan oleh Raja Petra menerusi blognya, MALAYSIA TODAY di mana dia telah menyiarkan sebuah dokumen yang diambil dari WIKILEAK pada Mei 2007 yang membabitkan komunikasi dari Kedutaan Amerika Syarikat di Manila yang mengesahkan hubungan kuat Misuari dengan Anwar Ibrahim.
Pergaduhan yang berlaku di Batu 9, Gombak Utara sebenarnya memperlihatkan dengan jelas betapa budaya ganas sudah agak sinonim dengan gerombolan penyokong pakatan pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim.
Jika tidak kerana penyokong gerombolan PR yang bukan anak tempatan memulakan acara membaling batu pastinya tiada individu dari kedua-dua belah pihak yang cedera sampai berdarah-darah.
Alasan PR kononnya keganasan dimulakan oleh penyokong BN sukar untuk diterima, lebih-lebih lagi ramai sedia maklum sejak dulu hingga sekarang bab-bab mengganas ini biasanya sinonim dengan penyokong PR yang terkenal dengan pembawaan panas baran dan akal pendek.
Untuk sembunyikan kebenaran sambil meraih simpati umum, maka ditayangkanlah gambar seorang penyokongnya yang berdarah dilengan kemudian dipaparkan sehelai baju kuning berlogo PKR, DAP dan PAS.
Geng mereka yang memulakan balingan batu dan objek keras yang lain disembunyikan dari pengetahuan umum. Propaganda politik yang bijak untuk seketika cuma.
Ini mengingatkan kita kepada watak Bob Samurai, seorang penyokong PR yang kononnya cedera dilibas dengan pedang samurai semasa PRK Bagan Pinang.
Yang buat kecoh dan memulakan pergeseran ialah para penyokong PR, bila rakyat tempatan naik marah serta mula bertindakbalas maka disensasikan cerita konon lelaki bernama Bob itu cedera dilibas dengan pedang samurai oleh penyokong UMNO.
Bila disiasat rupanya kesan hirisan pada baju Bob hanyalah rekaan, luka sebenar langsung tak kelihatan, kecuali yang nampak kesan darah yang sengaja dibuat-buat untuk memantapkan propaganda bagi meraih simpati menjelang tarikh pengundian pilihanraya kecil itu sahaja.
Adakah propaganda tersebut berjaya? Tentu sahaja tidak, kerana sedari awal rakyat majoriti tahu segalanya hanya berlaku mengikut skrip garapan yang dikehendaki Anwar, dek kerana itu majoriti pengundi nekad menolak PR semasa PRK Bagan Pinang itu.
Pernahkan dikalangan kita terfikir sejenak dan bertanya pada diri sendiri kenapa senario politik negara sejak 1998 hingga sekarang senantiasa saja panas membara berbanding suasana politik sebelum September 1998?
Jawapan sebenarnya mudah, segala-galanya mempunyai kaitan langsung dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang sekian ramai sudah ketahui watak dan pembawaannya lebih mendahulukan kepentingan peribadi berbanding hak orang ramai.
Lihat sajalah kekecohan yang dicetuskan oleh penyokongnya sewaktu zaman gelap reformasi terlepas kerusi Timbalan Perdana Menteri sekitar 1998 hingga 2000, terutama sekali melalui demonstrasi jalanan di pusat bandaraya Kuala Lumpur.
Habis jahanam pelbagai harta benda awam malah ketenteraman orang ramai pun tergugat dek kerana betapa liarnya penyokong Anwar yang dirasuk syaitan berhimpun sana sini dan mengamuk sakan seolah-olah negara ini bapak Anwar yang punya.
Sampaikan bangunan UMNO di PWTC pun diserbunya, habis kaca pintu pecah bertaburan. Itu semua hasil kelakuan siapa? Penyokong Anwar. Ganas dan zalim sudah jadi budaya mereka. Bapak borek anak rintik.
Sebelum kerasukan reformasi itu rakyat dapat hidup aman damai dek kerana kurangnya penghasut seperti Anwar, orang ramai walau berbeza parti jarang sangat berhimpun tunjuk kekuatan di atas jalanraya atau berbalah sakan sampai tak ingat dunia.
Lama sebelum itu sekitar tahun 70-an, Anwar dan penyokongnya juga yang bikin hiruk piruk hingga membawa kepada demonstrasi ganas para pelajar selepas dihasut dengan cerita bohong oleh Anwar kononnya penduduk di Baling, Kedah mati kelaparan.
Namun bila Anwar berada dalam Kerajaan barisan Nasional, semuanya aman tenteram dek kerana nafsunya untuk menikmati kerusi empuk sebagai pemimpin negara tercapai.
Kecuali semasa ke Memali di Baling pada pertengahan 1980-an yang terjadi dek kerana amukan sekumpulan pengikut PAS yang kemaruk nak mati syahid untuk menegakkan negara Islam ala PAS, tapi lebih 20 tahun kemudiannya Allah s.w.t tunjukkan musibat seorang pemimpin apabila Presiden PAS, Hadi Awang mengakui negara Islam tidak wujud pun dalam Al-Quran.
Post a Comment