Zurairi AR dan Ida Lim, TMI
Pakatan Rakyat (PR) telah memohon untuk semakan kehakiman bagi memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pemilih di Selangor, selain dari semakan pengesahan bagi mengelakkan pengundi yang mencurigakan, kata penggubal undang-undangnya.
Anggota parlimen Klang Charles Santiago akan mengetahui pada Khamis depan jika percubaannya untuk “memaksa” SPR menyemak daftar pemilih di kawasannya berjaya, tetapi dia juga terkejut suruhanjaya itu berpendapat adalah “normal” untuk mempunyai 28 peratus pengundi tidak dikenalpasti daripada 500,000 yang terbaru di negeri Malaysia paling maju, kerana masyarakat bergerak ke seluruh negara.
“Apabila saya baca berita tersebut, saya merasakan ianya kenyataan paling tidak bertanggungjawab,” kata Santiago berhubung kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar Jumaat lalu.
Santiago telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam bulan lalu untuk memaksa suatu penyiasatan oleh SPR, yang beliau dakwa cuba melengah-lengahkan ke atas isu pengundi diragui.
Santiago mengatakan terdapat 6,000 pengundi diragui, 3,457 pengundi dikeluarkan dari daftar pemilih tanpa kebenaran dan tidak diberitahu serta 2,195 pengundi dipindahkan tanpa kebenaran.
Pemimpin PR lain sedang memerhatikan keputusan “percubaan” Santiago sebelum mengikutinya termasuk anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad.
“Sebenarnya, pilihan yang tinggal kepada kami adalah untuk membawa ke mahkamah,” kata ahli parlimen PAS itu, walaupun beliau percaya peluangnya mungkin tipis.
Mahkamah Shah Alam akan membuat keputusan pada Khamis depan mengenai pemberian kebenaran bagi permohonan semakan kehakiman Santiago manakala Khalid bergantung kepada sokongan orang ramai untuk meneutralkan kesan pengundi hantu.
Teresa Kok dari DAP bersetuju dengan Khalid, mengatakan beliau akan mengarahkan penyokongnya untuk mengumpulkan pengundi sebenar untuk keluar semasa hari mengundi.
Beliau mencadangkan agar pengundi membantu semasa tempoh berkempen, dan untuk berkhidmat sebagai agen mengundi dan agen mengira bagi memantau sebarang kemungkinan penipuan.
“Tidak banyak yang boleh kita lakukan, kerana semua (pegundi diragui) digazetkan dalam daftar pengundi, katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, mengatakan akan memastikan senarai pengundi yang tidak dikenali disemak di kawasan DUN beliau.
“Diperingkat kami, kami sudah sediakan orang-orang kami, mereka diberikan senarai nama pengundi tidak dikenalpasti, kata Zuraida Kamaruddin dari PKR kepada The Malaysian Insider.
“Jadi jika orang-orang ini keluar mengundi, kami akan melakukan inisiatif sendiri untuk mengesahkan mereka sebagai pengundi,” kata anggota parlimen Ampang itu, menjelaskan tiga peringkat pengesahan yang beliau akan lakukan.
Dua langkah awal adalah ahli parti akan membantah kepada SPR termasuk melalui borang-borang berkenaan, jika pengundi disenarai hitam atau pengundi dengan alamat meragukan muncul dalam daftar pemilih terkini yang digazetkan.
Terakhir mereka akan membantah jika terdapat penyelewengan semasa semakan pada hari mengundi, dimana ahli parti akan menyemak sama ada pengundi adalah rakyat asing atau tidak tinggal begitu lama dalam negara sebelum menerima kad pengenalan.
Sebarang penyelewengan dalam daftar pemilih akan difailkan dan direkodkan untuk tujuan dokumentasi supaya tindakan mahkamah boleh diambil selepas pilihan raya jika diperlukan, kata Zuraida.
“Tetapi pada masa sama, kami tidak menolak kemungkinan untuk menghalang mereka dari mengundi, katanya walaupun beliau sedar ia merupakan satu kesalahan pilihan raya untuk melakukan perkara tersebut.
Khalid walau bagaimanapun berkata, walaupun agen mengundi boleh menyemak daftar pemilih berbanding senarai Selangor, tidak banyak yang boleh dilakukan kerana mereka akan dilihat menghalang pengundi sah daripada mengundi.
SPR telah mengatakan mereka tidak boleh menghalang mereka yang berdaftar daripada mengundi, kerana ini adalah hak mereka walaupun mereka tidak boleh dikenalpasti.
READ MORE HERE
No comments:
Post a Comment