(Harakah) - Jika wang RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul, mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak takut mendedahkan siapa penyumbangnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Ketika ditanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam tadi, Najib mengelak dari mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta itu.
Bagi Mahfuz, antara persoalan utama berhubung sumbangan RM40 juta itu bukan sahaja siapa penyumbangnya tetapi mengapa ia disumbangkan.
"Tidak ada siapa percaya si penyumbang memberikan sumbangan kepada parti pemerintah dengan percuma begitu sahaja.
"Kalau penyumbangnya orang berniaga, semua tindakan perniagaan dibuat berdasarkan untung dan rugi sebab ia bukan badan kebajikan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil mempersoalkan keuntungan apa yang diharapkan oleh si peniaga tersebut dalam memberiikan sumbangan sebesar itu.
Sebab itulah, kata Mahfuz, isu utama berhubung sumbangan RM40 juta itu ialah kedudukan pihak yang menerima sumbangan dan pihak yang memberikan sumbangan.
"Yang menerima sumbangan ialah parti pemerintah dan tidak ada siapa pun yang percaya ia diberikan tanpa sebarang kepentingan," kata beliau.
Apa yang berlaku itu juga membuktikan penguatkuasaaan undang-undang di negara ini dibuat secara double standard dan berpilih-pilih, kata Mahfuz.
"Kalau pihak yang kerajaan Umno BN tidak suka, sudah pasti dibongkar dan diburu habis-habisan seperti yang berlaku kepada Suaram sekarang.
"Umno bukan sahaja terima wang dari luar negara malah RM40 juta itu diseludup, tetapi menteri kata dalam Parlimen kononnya tidak ada unsur rasuah," katanya.
Dalam jawapannya kepada soalan Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, "tidak ada unsur rasuah dibuktikan" di dalam kes itu.
Mahfuz juga mengecam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menimbulkan kecurigaan besar berhubung siasatannya terhadap penyeludupan wang RM40 juta itu.
Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Umno negeri, Datuk Seri Musa Aman sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta.
Bagaimanapun, SPRM membersihkan dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia.
54 comments:
Lebih baik PAS tanya daripada Anwar dapat duit untuk naik jet.
Duit2 pembangkang untuk dana politk pembangkang mungkin daripada negeri2 pembangkang.
ICAC Hongkong tak ambil tindakan pun terhadap Musa, ICAC kan badan paling telus.
Mahfuz tak nak mengecam ICAC ke?
kenapa tak persoalkan dari mana Anwar dan Azmin memiliki kekayaan luar biasa?
Anwar dikatakan memiliki kekayaan berjumlah 4000 juta dan Azmin mempunyai 30 juta dlm akaun, baik perjelaskan dari mana mereka memiliki kekayaaan tersebut?
If we know, we will tell you asap..okay Mahfuz??
Azmin is filthy rich..daymmm
Siapa yang sponsor private jet untuk Anwar ek?
To say that I am shocked by this matter is just not right. And based on the development surrounding this issue left me puzzled: Lim Kit Siang calling on an RCI just go at odds with his past standing regarding another RCI. The RCI that I am refering to is the RCI of Sabah Illegal immigrants. At the time he was called the establishment of the RCI as a "political gimmick" and the government is doing it "for the sake of doing it" per say. It same how left an impression on me that he is AGAINST all RCI. Now that he (Kit Siang) is calling on for an RCI for this matter (which has been clarify in Parliament). After taking into account on his past stance on this matter, one can't help to wonder why a swithc of stance. One can only conclude that, now he is seeking a political capital under this so-called issue for his own interest and he too has demonstrated to us that he is a spineless coward without principle.
Another matter that is worthy of taking note of this issue is how TI-Malaysia is reacting to it. Perhaps TI should look into a much more bigger scandal that involves RM 1 billion in Selagor. This issue has been going on for quite sometime now and I find that the 'justification' itself does not holded up. What is more intriguing is that TI made no comment on the matter.
PAS CUMA MAU GRAB PEOPLE ATTENTION
Datuk Abdul Rahman Dahlan said that the opposition should apologize to Musa for ruining his reputation because he had worked tirelessly for the state.
meanwhile Datuk Johnny Mositun, the Parti Bersatu Sabah (PBS) information chief concurred saying that the people will know that Musa is doing a great job.
Tidak salah untuk menerima sumbangan dari mana2 pihak asalakn dengan sluran yg betul
Kuman diseberang tambak nampak, gajah didepan mata tak nampak
DO they good enough, until never stop to pause their negative publication about BN?
Malam-malam cakap, pandang-pandang
Tujuan mereka membuat liputn seperti ini adalah ingin memburukkan-burukan pemimpin BN supaya mereka meraih simpati orang ramai
Kepada warga sabah khususnya, jangan mudah terpengaruh kata-kata pembangkang. mereka cukup licik untuk memanipulasikan keadaan. Jangan sesekali termakan dengan janji-janji dan kata-kata manis mereka. kata-kata mereka cukup berbisa sehingaa kmu di awang-awangan begiru berbunga-bunga.. sebelum melakukan sesuatu sokongan atau tindakan kepada pembangkang, fikir-fikirkanlah dahulu akibatnya d masa akan dtg..
mahfuz dan pemimpin2 pakatan yang lain berpura-pura tak faham dengan siginifikasi penerimaan dana asing oleh beberapa NGO dan portal berita yang diketahui pro Pakatan Rakyat dengan menimbulkan isu RM40 juta bagi menjatuhkan kerajaan.
Apa yang mereka tidak faham atau sengaja tidak mahu faham ialah, dana asing ini bukan dari sebarangan organisasi tapi organisasi yang ada kaitan dengan pertubuhan yahudi yang diketahui aktif dalam aktiviti menjatuhkan beberapa kerajaan Arab sebelum ini.
Bersih, Suaram, Malaysiakini, semuanya sudah diketahui menerima dan dari George Soros atau National Endowment Democracy (NDI) – juga ada hubung kait dengan yahudi. Aktiviti semua NGO haram ini sudah diketahui hanya untuk menjatuhkan kerajaan saja.
Tidak setakat menyalurkan dana, organisasi asing ini juga terlibat dalam urusan strategi menghadapi pilihanraya parti-parti pembangkang.
NDI contohnya adalah konsultan yang terlibat dalam menyediakan kursus menghadapi piilihanraya bagi PKR, dan sememangnya antara 3 komponen Pakatan Rakyat, PKR adalah pihak yang mempunyai kaitan rapat dengan semua media yang disebutkan di atas. Semuanya melalui kaitan Anwar Ibrahim dan organisasi pemberi dana asing ini.
Jadi yang PAS bersusah payah menyertai demo membantah yahudi kerana penglibatan dengan filem Innocence of Muslim yang menghina Islam itu buat apa, sebab PAS sendiri pun dibayar mengguna duit yahudi untuk menghadirkan ahli-ahlinya dalam beberapa demo yang diadakan Pakatan Rakyat ini sebelum itu.
Tak tahulah sama ada PAS & DAP sedar atau tidak bahawa mereka dipergunakan PKR untuk mendapatkan dana asing bagi keuntungan Anwar dan PKR sahaja. Sebab itu yang hebat ke sana ke mari naik jet eksekutif ialah pemimpin PKR dan yang ada kaitan dengannya (Anwarinas).
Begitu juga dengan para penyokong PAS ini, mungkin ada yang tidak tahu bahawa sumber wang yang digunakan untuk menampung kedatangan mereka semasa menghadiri demo Bersih 3.0 tempoh hari adalah dari dana yahudi (Ambiga mengaku terima dana Soros dan NDI untuk jayakan himpunan Bersih)!!
sebelum mahfuz tanya siapa penyumbang RM40 juta untuk umno sabah, tanya dulu siapa penyumbang kepada kemewahan pemimpin2 Pakatan..
kenapa pas tidak pertikaikan kemewahan pemimpin pembangkang?
tiba-tiba pula PAS ambil perhatian pasal Sabah.
pemimpin pembangkang tidak perlulah putarbelitkan isu ini. banyak isu yang libatkan pembangkang tapi mereka senyapan juga.
Datuk Najib enggan mendedahkan siapa penyumbang RM40 Juta itu kepada UMNO Sabah.
Beliau berkata tiada masalah untuk mana-mana parti untuk menerima sumbangan politik, yang penting duit itu dari saluran yang betul.
Beliau juga berkata, Pakatan Rakyat juga menerima sumbangan politik tapi tidak diminta untuk mendedah nama penyumbang.
Kes ini dikatakan sudah selesai, Nazri Aziz membuat kenyataan bahawa jika masih ada pihak yang meragui keputusan ini, mereka boleh terus rujuk dengan pihak Hong Kong.
Marilah kita sama-sama menunggu sama ada kes ini akan dibangkitkan semula ataupun tidak?
Beberapa petanda dan perkembangan isu kini menunjukkan Pas tidak mampu lagi mempertahankan Kelantan pada pilihan raya umum ke-13.
Antara impak terbesar kepada ketidak ampuhan Pas kini ialah banyak isu masalah rakyat Kelantan tidak dapat diselesaikan dan banyak media alternatif di internet, yang sebelum ini berperanan sebagai pengaruh kuat Pas, sudah menunjukkan kebencian kepada parti itu sendiri.
Disebabkan kelemahan itu, terdapat pengunduran beberapa pemimpin Pas mula menyusun strategi untuk tidak menonjol pada pemilihan Muktamar Pas nanti. Malah pemimpin Pas sudah ada "kambing hitam" untuk disalahkan jika Pas kalah teruk pada pilihan raya umum nanti, antaranya Mat Sabu yang bakal dilantik Timbalan Presiden Pas.
Dr Abu Hasan Hasbullah,salah seorang panel dalam seminar politik Pas, menerusi kajiannya benar-benar mengejutkan bahawa Pas kini mengalami kemorosotan sokongan rakyat serta rakyat kurang percaya dengan kredibiliti kepimpinannya.
Kajian menunjukkan golongan muda mengiktiraf sistem parti Pas,namun terdapat beberapa faktor lain dalam pimpinan Pas yang menggusarkan mereka. Ini kerana terdapat percanggahan pendangan dan pendekatan diantara golongan ulama yang dilihat 'keras' dan golongan muda yang mahukan 'lembut'.
Kemerosotan rakyat terhadap Pas juga meliputi semua aspek lain merangkumi pentadbiran, pimpinan, strategi politik dan ideologi parti itu sendiri. "Berbanding pilihan raya umum 12 dengan statistik yang menunjukkan 70% bersetuju dengan kebijaksaan strategi Pas, namun kajian kali ini menunjukkan kemerosotan sebanyak 20% dari aspek itu," katanya.
Persepsi media yang meliputi media dari blog,jurnal dan juga facebook terhadap Pas menunjukkan data mengejutkan apabila sebanyak 213 peratus media itu menolak Pas dan ianya peningkatan peratusan negative yang amat tinggi daripada media berkenanan.
Kemerosotan itu berpunca dari kelemahan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan sendiri yang gagal menyelesaikan kemelut kesusahan rakyat antaranya isu yang ketara ialah isu Bazar Tok Guru, Isu Air, Isu Loteri dan ladang rakyat.
Kelatekito.net mendapati daripada masalah perpindahan 415 peniaga arked Uda dan Pasar MPKB ke Bazar Tok Guru saja sebanyak empat elemen kelemahan Pas ditonjolkan.
Pertamanya Pas sebagai parti Islam dianggap puak menipu rakyat dengan janji palsu kerana tidak menunaikan janji pilihan raya sebelumnya setelah membuat ruang niaga yang sempit dan menjual lot di Bazar Tok Guru itu dengan harga tinggi, ianya tidak meneplati janji untuk para peniaga berkenaan.
Keduanya, Pas dilihat sombong dan bongkak sekarang kerana tidak boleh menerima teguran rakyat, ianya dapat dilihat dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendesak para peniaga meminta maaf kepada wakil rakyatnya serta melarang rakyat menuduh perkara buruk terhadap pemimpin Pas Kelantan.
Ketiga Pas dilihat sebuah parti kuat temberang rakyat dengan cuba melepaskan diri melalui menyalahkan pihak lain terhadap kelemahan pentadbiran sendiri,
Ianya terlalu ketara apabila Exco Ekonomi, Datuk Husam Musa menyalahkan pembangunan Uda Holdings dalam isu Bazar Tok Guru itu sehinggakan mengharamkan" Uda membuat pembangunan di Kelantan.
Yang peliknya, 415 peniaga arked Uda dan peniaga MPKB mengatakan Uda Holding tiada kena mengena dengan masalah mereka di Bazar Tok Guru.
Keempat, sikap Nik Aziz sendiri sebagai pemimpin tertinggi Pas amat mengecewakan rakyat Kelantan kerana beliau tidak mahu menerima pandangan rakyat apabila ditegur acapkali berhubung masalah Bazar Tok Guru itu.
Nik Aziz dilihat lebih mempercayai Husam dalam isu Bazar Tok Guru kononnya Uda Holdings bersalah, tetapi akar isu itu sebenarnya adalah peniaga mahu lot di Bazar Tok Guru dirombak kerana terlalu sempit dan harganya masih tinggi.
Disebabkan kebutaan Nik Aziz itu, para peniaga menegur dengan sinis dan geram Mursyidul Am Pas itu di khalayak ramai dan Nik Aziz tetap tidak nampak kelemahannya. Malahan membidas peniaga supaya jangan mengkritik wakil rakyatnya yang tidak turun padang kerana sudah banyak pengorbanan mereka.
Bagi isu Loteri juga, rakyat sudah melabelkan Pas sebagai parti "kufur" kerana sanggup menggadaikan Islam kepada DAP buat kali kedua apabila Nik Aziz minta pegawai perundangan negeri membuat kajian semula pengharaman jualan loteri big sweep di Kelantan.
Kali pertama Pas sebelum ini bersetuju untuk tidak akan membincangkan penubuhan negara Islam di negeri pembangkang berikutan penentangan DAP, yang diketuai Pengerusinya, Karpal Singh.
Menggadaikan perjuangan parti, bagi penyokong Pas dan pengundi, samalah seperti parti Pas tidak mempunyai matlamat tetap untuk perjuangan agama dan rakyat melihat agama digunakan untuk memperoleh undi pilihan raya.
Manakala isu ladang rakyat dan Isu air Kelantan adalah bukti di depan mata kepada rakyat bahawa kerajaan Pas Kelantan selama 21 tahun telah tidak profesional dalam menjalankan tugas pentadbiran negeri serta banyak penyelewengan berlaku di bawah pimpinan parti kononnya "membangun bersama Islam".
Justeru, rakyat Kelantan dan pengundi di luar Kelantan telah mula hilang kepercayaan kepada Pas, apatah lagi kemelut isu liwat penasihat PKR, yang sekaligus meletakkan pakatan rakyat dan Pas tidak lagi sebuah parti memperjuangkan untuk rakyat sebaliknya untuk kepentingan pemimpin sendiri.
Post a Comment