Akan hantar surat dan bertemu PM berhubung isu novel Faisal Tehrani mahu diharamkan.
COMMENT
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) mengalu-alukan kemasukan Faisal Tehrani sebagai Ahli Kehormat Kavyan seperti diumumkannya secara rasmi pada sidang media di Shah Alam pada 6 Julai 2012, selepas acara “Baca Cerpen Pelbagai Bahasa”. Beliau sekali gus ahli “Bukan Kaum India” pertama sejak keahlian dibuka kepada umum pada November 2011.
Seperti diketahui umum, sejak diasaskan pada 22 Ogos 1999, Kavyan diterajui penulis dan peminat sastera kaum India tetapi ia tidak bersifat perkauman. Semua aktiviti Kavyan terbuka kepada umum (pelbagai kaum). Malah Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (Pak Samad) ialah Penasihat Agung Kavyan. Allahyarham Dr Othman Puteh dan Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan juga pernah menjadi Penasihat Kehormat Kavyan.
Kavyan turut terlibat secara langsung dan terbuka sejak Ogos 2011 dalam memperjuangkan hak sekumpulan penulis (kebetulan “kaum Melayu”) yang dinafikan hak mereka terhadap royalti teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas). Walaupun dihalang pelbagai pihak dengan pelbagai cara, Kavyan tetap lantang bersuara mewakili kelompok minoriti terbabit yang memerlukan ruang untuk bersuara.
Terdahulu, apabila Kavyan terlibat dalam usaha “memurnikan” novel Interlok Edisi Murid serta saya dilantik oleh Menteri Pelajaran pada Februari 2011 ke dalam Panel Bebas Meminda Interlok, ramai yang melabel saya dan Kavyan sebagai “anti-Melayu” dan “anti-Islam”. Malah, terdapat puak tertentu yang cuba menghasut Pak Samad supaya tidak menjadi Penasihat Agung Kavyan.
Ada juga puak yang “menghasut” penerbit-penerbit supaya tidak menyiarkan karya para ahli Kavyan. Kerja-kerja hasutan itu masih berlaku hingga hari ini. Mujurlah penerbit berwibawa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kumpulan Media Karangkraf tidak mungkin tunduk kepada puak penghasut yang tidak beretika itu.
Antara lain fitnah yang disebarkan puak tertentu adalah bahawa tindak-tanduk Kavyan “didalangi pembangkang”. (Siapakah “pembangkang” di Selangor?) Sebenarnya, segala usaha dan perjuangan Kavyan demi penulis dan penulisan (tanpa mengira kaum dan agama) tidak ada apa-apa kaitan dengan mana-mana parti politik atau politikus. Demikian pendirian tegas Kavyan sejak 1999. Kami tidak mahu “bernaung” di bawah sesiapa kerana kami mahu bebas “bersuara” – termasuk mewakili golongan minoriti dan kumpulan yang tertindas.
Dalam isu terkini mengenai kemungkinan novel Faisal, Perempuan Nan Bercinta (2012) diharamkan, Kavyan tidak mahu masuk campur dalam urusan mana-mana jabatan agama. Bagaimanapun, Kavyan berpegang pada “janji” Perdana Menteri pada 3 Julai 2012 – semasa turut melancarkan Perempuan Nan Bercinta – bahawa hak kreatif penulis tidak akan disekat.
Bernama melaporkan Datuk Seri Najib Razak sebagai berkata: “Kita akan sentiasa memberikan ruang yang secukupnya kepada para penulis untuk berkarya. Kita akan membantu golongan penulis terutama generasi muda untuk mengembangkan bakat mereka.”
Kavyan turut berpegang pada kenyataan media bersama yang dilakukan empat Sasterawan Negara pada 8 Mac 2011; di mana petikannya adalah seperti berikut:
“Sastera bukan dokumen rasmi pemerintah, atau maklumat yang dirapikan serta dicantikkan untuk disebarkan. … Kita harus membaca sastera sebagai sastera, dan bukan buku sejarah atau politik. Membaca sastera ialah suatu proses berfikir, merasa dan menghayati bahasa, peristiwa dan gagasan. … Benarkanlah penulis kita melukis kenyataan Malaysia, walau betapa pun tidak manis kenyataan itu. Kerana mereka juga berfikir bagi pihak kita, dengan sudut pandangan mereka sendiri, yang walau pun berlainan, masih diperlukan di negara yang demokratis, yang memberi kebebasan kepada sasterawannya untuk menulis, berfikir dan berpendirian.”
Surat kepada PM
Walaupun kenyataan bersama itu dikeluarkan semasa kontroversi novel Interlok Edisi Murid, tentulah pendirian para Sasterawan Negara terbabit masih sesuai dan boleh diguna pakai. Pandangan dan perkara yang ditegaskan oleh mereka perlu dihormati dalam isu Perempuan Nan Bercinta juga.
Semasa kontroversi Interlok Edisi Murid, beberapa badan penulis pula tampil bersuara lantang dan membuat resolusi mempertahankan hak pengarang. Malah, beberapa badan penulis berjuang atas dasar “demi maruah penulis Melayu”.
Saya percaya bahawa badan-badan penulis terbabit tetap dengan pendirian “demi maruah penulis Melayu” dalam isu novel-novel Faisal mahu diharamkan. Sedangkan pihak tertentu “tidak rela walau sepatah perkataan dipinda”, inikan pula mahu mengharamkan keseluruhan buku! Tentulah mereka akan berhimpun beramai-ramai mempertahankan karya Faisal.
Namun, masing-masing mempunyai hak dan pilihan untuk sama ada tampil menyokong Faisal dalam isu terbaru ini atau – meminjam perkataan diperkenalkan Pak Samad pada Jun 2011 – memikirkan soal “carma” iaitu “cari makan”. Yakni, memilih untuk berdiam diri asalkan “sumber pendapatan” mereka tidak terjejas.
Saya mengenali Pak Samad sejak 1991 dan Faisal sejak 1993. Mereka berdua pula mengenali hati-budi Kavyan sejak 1999.
Sebagai “badan kecil yang bersuara mewakili golongan penulis yang sukar untuk bersuara” maka Kavyan sedia bersuara mewakili Faisal dalam isu novel Perempuan Nan Bercinta. Kavyan bercadang menghantar surat kepada Perdana Menteri untuk mendapatkan pengesahan memandangkan pegawai Jakim pada 6 Julai 2012 mengesahkan bahawa pihaknya sekarang dalam proses tindakan pengharaman novel itu.
Tentulah aneh bahawa tiga hari sahaja selepas sebuah novel dilancarkan oleh Perdana Menteri, ada pula langkah diambil untuk mengharamkan novel berkenaan. Pasti ada sesuatu yang tidak kena dan perlu dibincangkan secara “hati-ke-hati” bersama-sama Perdana Menteri.
Sebagai pemilik tunggal ‘Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan’ serta presiden Kavyan, saya sudah membincangkan perkara ini bersama-sama Faisal. Kami berpendapat bahawa langkah terbaik dalam menyelesaikan kemelut ini adalah dengan mengirim surat serta bertemu Perdana Menteri.
Uthaya Sankar SB adalah penulis bebas dan kolumnis FMT sejak Januari 2011.

No comments:
Post a Comment