Aspan Alias - The Malaysian Insider
3 JUN — Dr Mahathir menyalahkan Pak Lah lagi. “sendiri punya salah, dia salahkan orang lain pulak” kata beberapa orang yang berhubung dengan saya dan orang-orang yang berhubung dengan saya itu adalah dikalangan yang hadir semasa perjumpaan dengan Dr Mahathir di Johor dulu semalam. Sebagaimana yang saya dan ramai yang lain berkata, Dr Mahathir dihujung-hujung hayatnya asyik menyalahkan orang lain terutamanya Pak Lah diatas segala kelemahan BN dan Umno Baru itu.
Beliau tidak pernah membuat salah dan segala yang baik itu adalah dibuat oleh Dr Mahathir dan semua yang buruk itu adalah kesilapan dan kesalahan orang lain. ‘Yang baik itu semuanya datang dari Mahathir dan yang buruk itu adalah diatas kelemahan orang lain terutamanya Pak Lah. Mahathir seolah-olah ada benda yang hendak beliau bersihkan dari diri beliau sehinggakan Pak Lah tidak terlepas dari bibir dan ingatan beliau. Disebaliknya Pak Lah yang tahu apa yang Mahathir lakukan terhadap segala sistem kerajaan, tidak berkata apa-apa dan berdiam diri sahaja. Itulah perbezaan di antara kedua-dua bekas pemimpin negara kita itu.
Mahathir sentiasa mencari alasan untuk mengalihkan kesalahan besar beliau terhadap negara kepada orang lain tetapi satu perkara yang kita mesti ingat yang sejarah akan menghakimkan Dr Mahathir Mohamad ini dari rasuah dan salahguna kuasa. Segala kata-kata dan tindakan beliau tercatat di dalam buku nota sejarawan dan akan sampai masanya ia akan tertulis dalam sebuah buku sejarah khas untuk beliau suatu ketika nanti.
Bak kata perpatah, ‘masakan bangkai gajah boleh ditutupi dengan nyiru’. Suatu ketika nanti akan terbongkar juga. Saya tidak mempertahankan Pak Lah, tetapi kita mesti berlaku adil terhadap beliau kerana beliau yang lemah itu dilantik oleh Mahathir juga. Beliau sebagai orang yang saya kenali, tidak pernah tergila-gila hendak menjadi PM walaupun pun beliau mengharapkan untuk mendapatkan kedudukan itu.
Mahathir sendiri yang telah mewariskan pimpinan negara yang mana semua sistem pentadbiran demokrasi telah diruntuh dan dikorbankan oleh beliau (Mahathir). Semasa Pak Lah mengambil tempat beliau, segala institusi dalam negara kita telah dibinasakan oleh Mahathir. Kehakiman, perundangan, polis, institusi raja-raja dan banyak yang lain sudah diranapkan oleh Mahathir. Beliau tahu yang Pak Lah tidak mampu untuk membetulkan keruntuhan yang telah beliau (Mahathir) lakukan tetapi beliau mahukan juga Pak Lah untuk mewarisi kepimpinan dari beliau.
Jika Mahathir teruskan memegang jawatan itu sehingga sekarang, beliau sendiri akan menghadapi krisis keyakinan ini seperti yang dihadapi oleh Pak Lah dan Najib sekarang ini. Tetapi oleh kerana Mahathir bersara tepat pada masa masalah yang beliau wujudkan itu hampir terlambak, maka lambakkan masalah-masalah itu terpaksa dipikul oleh semua pewaris kepada kepimpinannya dan yang terawal mewarisi keruntuhan semua sistem ini adalah Pak Lah.
Lain-lain perkataan keruntuhan moral demokrasi dan tatacara kepimpinan negara telah dilakukan oleh Mahathir dan masalah-masalah yang kita lihat sekarang tidak akan dapat diperbetulkan lagi oleh pemimpin-pemimpin yang telah terbentuk dengan acuan Dr Mahathir itu.
Sesiapa pun boleh menyangkal pendapat saya ini, tetapi saya memilih untuk tidak menghiraukannya kerana ia adalah kebenaran dan Umno Baru tidak mungkin mampu memberikan penyelesaiannya sampai bila-bila. Manusia yang boleh menyelesaikannya ialah pemimpin yang tidak berada atau terbentuk dalam satu acuan dengan Mahathir.
Semua yang berada didalam barisan kepimpinan hari ini adalah dari acuan yang sama dan tidak ada seorang pun dikalangan ahli-ahli Jemaah Kabinet dan MT Umno Baru akan berjaya melakukan pembaharuan dalam politik negara kita. Mahathirlah yang perlu dipersalahkan kerana acuan kepimpinan hari ini adalah acuan beliau sendiri.
Mungkin Pak Lah adalah orang yang ‘responsible’ terhadap kelemahan BN pada hari ini dalam skala yang kecil, tetapi yang mesti mengambil ‘accountability’ sepenuhnya ialah Dr Mahathir sendiri yang suatu ketika dahulu dijunjung sebagai pemimpin yang mengalihkan paradigma kepimpinan negara dan kerajaan. Sekarang segala paradigma-paradigma itu telah banyak menyebabkan kerosakkan dari kebaikan.
Menyalahkan segala-gala kesalahan kepada Pak Lah seorang merupakan satu tindakan yang sangat tidak berhati perut. Hanya dendam kesumat sahaja yang boleh menyalahkan Pak Lah seratus peratus. Mahathir mesti faham yang rakyat khususnya yang berminat untuk menulis sejarah akan menulis segala apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu. Memoir Mahathir yang ditulisnya itu tidak akan lengkap sampai bila-bila selagi beberapa orang yang sebarisan dengan beliau tidak menulis memoir-memoir mereka masing-masing.
Segala sistem pemerintahan yang ada telah dipunahkan oleh Mahathir kerana beliau mahu mewujudkan sistem beliau sendiri. Sesiapa juga yang mengambilalih kepimpinan beliau akan ketiadaan sistem pemerintahan yang betul kerana kerajaan dan rakyat telah dibudayakan dengan sistem acuan peribadi beliau, bukannya sistem pentadbiran sebuah negara yang baik yang boleh digunapakai buat selama-lamanya.
Saya tidak dapat menerima yang kesalahan semuanya dilambakkan kepada Pak Lah semata-mata. Takkanlah wang rakyat sebanyak RM1.8 billion yang digunakan oleh Mirzan Mahathir untuk menyelamatkan perniagaannya pun kesalahan Pak Lah. Takkanlah pembuangan lima orang hakim mahkamah agung pada tahun 1998 dahulu kesalahan Pak Lah Badawi.
Membariskan pemimpin-pemimpin lemah yang gunanya untuk mengangguk dalam kabinet itu adalah kesalahan Mahathir. Pak Lah itu sendiri yang tidak sepatutnya berada didalam kabinet itu pun diambil oleh Mahathir juga dan itu yang dikehendaki oleh Mahathir. Apabila Pak Lah tidak mahu mengangguk kepadanya apabila mengambilalih kuasa, itulah kesalahan Pak Lah kepada Mahathir yang sebenarnya.
Mahathir sanggup meninggalkan parti kerana tidak sebulu dengan Pak Lah dan beriya-iya ingin melihat Umno Baru dan BN itu hancur dalam pilihanraya yang lalu. Apabila Pak Lah meninggalkan Putrajaya, Mahathir kembali kepada Umno Baru dan kembali bercakap tentang Umno dan menyalahkan semua orang di atas kelemahan Umno Baru itu.
Adalah tidak munasabah yang segala-gala kesalahan ditolak kepada Pak Lah seorang sedangkan Pak Lah itu hanya melakukan lebih kurang sama dengan apa yang Mahathir lakukan semasa memegang kuasa.
Jika Najib tercari-cari formula untuk melakukan perubahan kepada negara, beliau tidak akan jumpa formula yang terbaik selain dari semua kepimpinan yang terbentuk dengan acuan Dr Mahathir, termasuk beliau sendiri (Najib) tidak bersedia untuk berkorban dengan meletakkan jawatan dan memberikan tugas menyusun semula negara ini kepada sesiapa yang berpengalaman dan boleh mendapat sokongan dan rasa hormat dari semua kaum dan pemimpin-pemimpin mereka.
Selagi itu tidak dilakukan selagi itulah negara tidak akan mendapat sebuah kerajaan dan kepimpinan yang dihormati rakyat.
Jika dikaji betul-betul, itulah sebabnya rakyat sendiri yang mahu melakukan perubahan ini kerana terlalu lama tertunggu-tunggu perubahan sikap dan cara Umno Baru mentadbir negara.
Kepada pemimpin-pemimpin bahagian-bahagian di Johor yang mendengar kata-kata Dr Mahathir dulu semalam, boleh memilih untuk mendengar nasihat Mahathir itu. Anda semua tidak boleh mengikut jejak langkah Mahathir untuk menyalahkan Pak Lah semata-mata, kerana kesalahan yang besarnya datang dari Mahathir sendiri. Kalau benar Pak Lah yang bersalah ingat kepada satu perbilangan, ‘there must be a cause for a cause’. Tidak mungkin kesalahan Pak Lah tidak disebabkan oleh kesalahan Dr Mahathir. Ingat itu.
Sesungguhnya Dr Mahathir mempunyai banyak lubang-lubang yang belum beliau kambus lagi. Jika beliau dan penyokong-penyokongnya tidak mahu mengaku pun tak mengapa, asalkan beliau mengakuinya kepada diri beliau sendiri sudah memadai.
Orang lain tidak payah mendengar pengakuannya. Kita pun hendak juga menjaga air muka beliau itu. Mahathir tidak perlu takut dengan apa yang beliau telah lakukan kerana yang mengambilalih tidak akan berdendam seperti sikap yang ada kepada beliau itu. — aspanaliasnet.blogspot.com

No comments:
Post a Comment