Share |

Saturday, 26 May 2012

92% Rakyat Mahu Daftar Pemilih Dibersih Sebelum PRU

Malaysiakini

Satu kajiselidik yang dibuat baru-baru ini – sehari sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 - menunjukkan majoriti responden mahu daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Menurut Merdeka Centre, 92 peratus daripada 1,019 orang yang dikajiselidik bulan lalu berkata kerajaan perlu melakukannya sebelum pilihan raya umum.

Keputusan itu hampir sebulat suara di kalangan responden pelbagai bangsa, kumpulan umur, jantina, pendapatan dan kawasan, dengan lebih 90 peratus daripada setiap kumpulan, menjawab dengan positif.

Kira-kira separuh atau 48 peratus daripada kumpulan yang sama juga berkata mereka tidak yakin dengan daftar pemilih.

No comments: