Share |

Monday, 19 March 2012

Pembaikpulihan bumbung SRJK(T) RRIM sedang dilakukan

Exco Dr. Xavier Jayakumar pada 6 Mac mengumumkan bantuan RM 50,000 kepada sekolah tersebut.

PETALING JAYA: Kerja-kerja -kerja pembaikpulihan  bumbung Sekolah Tamil RRIM di Sungai Buloh  akibat ribut kuat pada akhir  Februari lalu sedang giat dijalankan supaya dapat digunakan apabila sekolah bermula pada minggu depan .

Adun Kota Damansara Dr Nasir Hashim berkata, kebanyakkan struktur bumbungnya telah rosak dan perlu diperbaiki d iketiga -tiga blok bangunan sekolah satu tingkat ini .

Katanya, semasa ribut tersebut juga air hujan telah membanjiri kebanyakkan bilik darjah dan juga perpustakaan.

Dr. Nasir  berkata, beliau dengan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa sekolah tersebut dan mendapati kebanyakkan struktur bumbung  di ketiga -tiga blok bangunan sekolah satu tingkat itu perlu diperbaiki.

Beliau memohon bantuan segera  dari kerajaan Selangor dan Exco Dr Xavier Jayakumar pada 6 Mac  mengumumkan bantuan RM 50,000 kepada sekolah tersebut.

Korporat bantu

“Beberapa pihak korporat juga telah menghulurkan bantuan untuk membantu para  pelajar sekolah Tamil .

“Sumbangan barangan bumbung dan ‘hardware’  bernilai RM 30,000 disediakan oleh sebuah syarikat pembekal. Sebuah lagi syarikat kontraktor swasta memberikan bantuan RM 10,000 dengan tenaga pekerjanya untuk menyiapkan kerja tersebut secepat mungkin,” kata Presiden PSM itu dalam satu kenyataan hari ini .

Pada masa, Dr Nasir juga  memberikan bantuan kewangan RM200 kepada setiap keluarga pekerja RRIM yang mengalami kerugian akibat ribut itu .

Sebanyak 34 keluarga ini menerima RM 200 seorang, tambahnya.

No comments: